Kenapa tork itu penting, untuk laju, mendaki atau bawa barang?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Ridgeline
Honda Ridgeline
Kebelakangan ini dunia automotif dalam talian heboh mengenai tork enjin kereta. Apa kena mengena tork dengan kelajuan atau keupayaan sesebuah kereta? Atau apa beza kelajuan dan tork?

Di dalam pengukuran kuasa enjin, ada dua perkara yang menjadi standard pengeluar iaitu kuasa kuda (hp) dan tork (Nm). Biasanya maklumat kuasa kuda akan diberitahu bersama tork.

Jika ada yang perasan, kereta dengan teknologi aspirasi normal (normal aspiration) mempunyai ukuran kuasa kuda dan tork sederhana.
Honda Civic Type R K20C1

Kemudian bandingkan pula dengan enjin dengan pengecas turbo, angka tork akan meningkat tinggi berbanding enjin aspirasi normal.

Memandangkan sekarang ini pengguna disajikan dengan pelbagai kenderaan elektrifikasi seperti hibrid, perhatikan pula angka tork pada kombinasi enjin dan motor elektrik tersebut. Tinggi bukan?

Berikut kami bawakan tiga model dengan prestasi berbeza:

1. Sedan segmen B (X)

Enjin: 1.5 liter

Prestasi: 120 ps (118 hp) @ 6,600 rpm / 145 Nm @ 4,600 rpm

2. Sedan segmen B (Y)

Enjin: 1.5 liter

Prestasi: 107 ps (105.5 hp) @ 6,000 rpm / 140 Nm @ 4,200 rpm

3. Sedan segmen B (Z)

Enjin: 1.5 liter + motor elektrik (hibrid) 

Prestasi: 253 Nm (kuasa kuda belum didedahkan)

Dari perbandingan di atas jelas bahawa tork sedan (Z) begitu tinggi berbanding dua sedan lain dan ia disumbangkan oleh motor elektrik yang bertindak sebagai penambah kuasa.

 

Honda Accord Hybrid 2018

 

Sebelum itu apa fungsi tork?

Secara ringkasnya, tork boleh diertikan sebagai gagah atau daya. Contohnya, gagah atau berdaya untuk mendaki curam tinggi, membawa penumpang dan muatan.

Jika ada yang perasan, sebuah lori misalnya kelihatan perlahan apabila mendaki tetapi tetapi berjaya menghabiskan curam tinggi tanpa berhenti.

Tork yang kuat juga bermakna, anda tidak semestinya perlu menurunkan gear rendah memandangkan tujahan yang ada sudah memadai.

Tenaga tork yang berpadanan turut membantu supaya dapat memotong kenderaan dengan baik.

 

Honda Ridgeline

 

Bagaimana pula dengan kelajuan?

Kuasa kuda menyumbang kepada kelajuan. Sebagai contoh masa yang diperlukan dari lokasi A ke lokasi B.

Sebelum itu, tork juga boleh membantu pergerakan dari lokasi A ke lokasi B cuma bezanya ialah untuk pergi lebih laju atau cepat mendapat kelajuan, anda memerlukan lebih kuasa kuda.

Satu lagi contoh ialah apabila membuka penutup botol yang ketat, kekuatan daya (tork) diperlukan dan apabila sudah dibuka anda boleh memusingnya dengan laju (kuasa kuda).

Kesimpulan

 

Honda FIT

 

Jadi yang mana lebih penting? Berdasarkan keadaan muka bumi yang bercampur-campur dari jalan rata kepada bercuram atau keperluan untuk memotong, tidak dapat tidak, tork atau daya kilas penting untuk perjalanan sempurna.

Kelajuan juga penting namun tork yang bagus membolehkan anda tersenyum atau berasa lega apabila melepasi cabaran dakian atau membawa penumpang dan barangan.

Jika ada peluang, penulis sarankan anda memandu uji kereta dengan tork tinggi dan alami perbezaannya. Tersenyum atau tidak?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model baharu itu turut dijual di Amerika Syarikat, Eropah, Australia termasuk di negara kita.…
Berita Global
Generasi ketiga dilancarkan pada tahun 2019, dan Honda telah pun mendatangkan kemaskini untuk model…
Berita Global
Punca utama ialah kesan wabak itu di Asia Tenggara, pembekal utama semikonduktor untuk kenderaan-…