Kenapa perlu berdiri bila offroad? Dan bila anda tak patut berdiri!

oleh HEZERI SAMSURI|
Sering kita lihat seorang penunggang dirt-bike atau adventure-bike akan berdiri bila menunggang di permukaan offroad.

Di sini Careta huraikan kenapa perlu berdiri dan apa kelebihannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdiri ketika menunggang akan mengubah titik berat motosikal itu betul-betul di antara kedua-dua gandar roda hadapan dan belakang.

Ini menjadikan titik graviti motosikal dan anda berada lebih rapat kepada bumi.

 

 

Ia akan menambahkan stabiliti ketika menunggang dan paling penting, memudahkan kawalan motosikal dengan bar hendal.

Ia juga membenarkan roda belakang bergerak dengan lebih bebas ketika melalui kawasan tidak rata. Ekor yang dibiarkan menari bebas akan memudahkan kawalan jentera berbanding dengan bahagian belakang motosikal yang terlalu kejung atau "rigid".

Berdiri juga memudahkan anda untuk "membaca" laluan di hadapan dengan lebih mudah, dan ini membenarkan anda untuk merancang ke mana motosikal anda perlu dihalakan.

 

 

Bila anda perlu duduk?

Anda tidak perlu berdiri ketika menunggang di jalanraya, kecuali jika anda mahu berlagak untuk menunjukan kepada orang lain yang anda boleh berdiri. Tetapi, ada rider yang berdiri sekejap kerana hendak hilangkan lenguh. Hati-hati kerana berdiri pada kelajuan tinggi boleh menyebabkan motosikal tidak terkawal.

Anda tidak perlu berdiri jika anda menunggang motosikal besar dan berat dan sedang melalui kawasan berlubang atau berparit. Ini ialah supaya anda boleh bersedia untuk menahan motosikal sekiranya motosikal mulai senget. 

Anda tidak perlu berdiri sekiranya kaki kanan anda tidak dapat menggunakan pedal brek belakang dengan baik. Ada sesetengah motosikal yang datang lengkap dengan pedal yang tapaknya boleh ditinggikan, sesuai untuk digunakan ketika berdiri. Jika tidak, anda boleh tukarkan pedal brek anda kepada jenis ini.

 

 

Sekiranya anda tidak pernah menunggang secara berdiri, anda boleh cari jalan yang lengang dan lapang untuk mencuba. 

Paling penting, pastikan anda memakai pakaian keselamatan dan but. Hanya orang gila dan jarang menunggang sahaja yang akan menunggang offroad menggunakan selipar! 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dua gandar hadapan masih menggunakan roda-roda bersaiz 14 inci dengan tayar "off-road" dan…
Informasi
Kerana ia boleh membuatkan anda hilang keseimbangan  Dalam Bahagian 1, kita pelajari bahawa bila…
Berita Global
Model SUV ultra-kompak yang bakal dihasilkan ini bakal diposisikan di bawah Renegade dan sekaligus…