Kenapa penting untuk mencuci kepala bateri anda?

oleh SALINA JALIL|
Salah satu perkara yang kita sering terlupa lakukan sebelum memulakan perjalanan jauh, tak kiralah bateri kereta atau motosikal,  ialah memeriksa bateri.


Kita mungkin kerap memeriksa tahap elektrolit atau air bateri, namun sering mengandaian kepala bateri adalah bersih dan berfungsi baik. Apalagi jika kita menggunakan bateri tanpa penyelenggaraan atau maintenance free (MF) yang tidak memerlukan perhatian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Terminal atau kepala bateri sering akan menghasilkan oksid akibat tindabalasnya dengan oksigen di udara, dan dimangkinkan atau dipercepatkan kerana arus elektrik yang mengalir. Periksa samada terdapat keputihan pada kepala atau terminal bateri kereta anda, yang kadangkala dilindungi dari pengligatan oleh penutup kepala bateri tersebut. 

 

Jika terdapat oksida berupa serbuk putih seperti di atas, cucilah ia agar sentuhan terminal dan bateri dikekalkan supaya bateri mampu dicaj semula sewaktu pemanduan. Terminal yang kotor mungkin menyebabkan bateri anda tidak dicaj semula dan kehabisan kuasa bateri, yang mungkin menyebabkan anda tersadai.

 

Selain mencuci terminal bateri dengan bahan kimia khas, salah satu cara mudah yang boleh anda buat sendiri ialah menyiram bahagian yang kotor dan beroksid itu dengan air panas mendidih. Awas jangan menyiram di bahagian komponen kereta yang lain. Bahagian kepala bateri yang beroksid yang terkena air panas itu akan sendirinya menjadi bersih.

 

pic 1

 

Setelah bersih, pasang semula semua terminal dan sapukan bahagian terdedah dengan gris agar oksida sukar terbentuk semula.

 

pic 2

 

Siap! Mudah, kan?