Kenapa Nissan tak guna skrin tablet pada papan pemuka?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sekarang ini adalah sesuatu yang normal untuk pengeluar telefon pintar menawarkan skrin besar. Trend itu sudah reda dan kini pengeluar telefon tampil dengan jumlah lensa kamera pula.

Di dalam persaingan kereta penumpang, pengeluar juga mempunyai trend dan sekarang musim skrin berbentuk tablet pada papan pemuka. 

Penggunaan skrin tablet secara automatik menjadikan kereta nampak lebih premium dan canggih.

Dalam menggunguli persaingan, skrin tersebut menjadi semakin besar dan ada yang merentasi papan pemuka.

Namun tidak semua memilih jalan yang sama seperti yang boleh dilihat pada kereta konsep Nissan Ariya.

Tidak menggunakan tablet, Nissan memilih dua skrin memanjang ala ombak untuk crossover elektrik itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Ariya Concept

 

Bentangan tersebut adalah refleksi kepada bahasa reka bentuk baharu Nissan iaitu Timeless Japanese Futurism yang turut diserlahkan pada bahagian depan kereta.

Menurut Pengurus Kanan bahagian kejuruteraan HMI Nissan, Tomomichi Uekuri, mata manusia secara asasnya memandang dari sisi ke sisi apabila memandu. 

Manusia boleh menyerap lebih banyak maklumat apabila dibentangkan secara melintang. 

Selain menyampaikan maklumat lebih baik kepada mata manusia, bentangan tersebut juga berada pada kedudukan lebih selamat iaitu selari dengan pandangan dan dekat pada jalan raya.

 

Nissan Ariya Concept

 

Skrin itu dipadankan dengan gayaan berbentuk melintang pada kabin Ariya dan nampak sekata dengan papan pemuka. 

Pereka Nissan memanggilnya sebagai engawa iaitu ruang di antara di mana seseorang itu berada dan arah tujuannya.

Maklumat pemanduan pada skrin tersebut disusun mengikut aturan sama seperti kereta tradisional dan turut mengandungi maklumat lain seperti hiburan, kawalan keselesaan dan status sistem kenderaan.

Selain itu, maklumat yang dipapar boleh digeser di antara dua skrin menjadikannya seperti skrin tunggal.

 

Nissan Ariya Concept

 

Sebagai contoh, paparan arah dan peta di sebalik stereng boleh ditetapkan di sebalik stereng atau pada bahagian tengah skrin atau dihilangkan terus apabila tidak diperlukan.

Penulis secara peribadi bersetuju dengan pendapat Nissan kerana tumpuan pemandu sepatutnya di jalan raya.

Skrin yang terlalu besar, meriah dengan warna-warni dan grafik dikhuatiri menganggu tumpuan pemandu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Nissan

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…