Kenapa motosikal saya tempah lambat sangat nak dapat? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Rungutan demi rungutan berkaitan kelewatan penghantaran motosikal semakin kerap didengari dan wakil penjual sendiri sudah tidak berani berjanji bila motosikal yang ditempah akan diterima.

Careta turun bertanyakan beberapa sumber industri untuk mendapat pandangan mereka akan sebab isu ini berlaku.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah ialah antara alasan yang diberikan:

Penutupan kilang kerana COVID-19

Kebanyakan kilang kenderaan ditutup semasa tempoh PKPD dan ini antara punca utama. Kebanyakan motosikal yang popular memang dipasang di dalam negara dan kilang-kilang ini tidak boleh beroperasi ketika tempoh lock-down.

 

Kilang komponen tempatan tutup

Untuk kilang kenderaan berfungsi, ia memerlukan komponen-komponen yang datang dari pembekal tempatan mereka. Kilang-kilang untuk komponen masih berada di dalam kasawan Fasa 1 dan mereka tidak dibenarkan beroperasi.

Kerana itu, mereka tidak dapat membekalkan komponen kepada kilang motosikal.


Kelewatan komponen dari luar negara

Untuk komponen yang diimport, penutupan pelabuhan semasa PKPD turut mengganggu operasi penghasilan kenderaan.

Menurut seorang sumber yang dihubungi, syarikat mereka terpaksa menggunakan laluan darat untuk membawa masuk komponen-komponen tersebut kerana ia lebih mudah dari menggunakan laluan laut sekarang.


Permintaan yang tinggi

Permintaan yang tinggi, ditambah dengan lambakan tempahan membuatkan masa menunggu semakin lama. 

Penutupan kilang-kilang tidak menyebabkan jualan menurun, tetapi apa yang terjadi ialah tempahan yang semakin banyak dan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh yang sepatutnya.

 

Pengedar main taktik "under-table"

Seperti mana yang kita tahu, harga motosikal bergantung kepada pengedar. Stok kenderaan dan pengagihan juga sebenarnya terpulang kepada keputusan pengedar.

Sumber industri yang ditemubual oleh Careta berkata, ada pengedar motosikal yang membenarkan "tiket pantas" jika pembeli sanggup membayar lebih. Situasi ini sama seperti di zaman pembeli membayar lebih untuk mendapatkan Proton Wira atau Waja mereka dengan lebih cepat.

Masalah dengan cara ini ialah mereka yang setia menunggu akan kekal menunggu kerana unit untuk mereka dijual dahulu kepada mereka yang sanggup membayar lebih.

 

Permainan komisen

Sekali lagi pengedar yang tidak bertanggung-jawab akan cuba menjual motosikal yang memberikan mereka komisen yang lebih tinggi.

Ini jarang tetapi pernah berlaku. Masalah ini ialah kerana pembuat motosikal tidak mempunyai kawalan kepada pengedar yang menjual pelbagai jenis jenama.


Cara penyelesaian

Untuk mereka yang geram kerana terlalu lama menunggu, Careta sarankan hantarkan aduan secara rasmi kepada syarikat kenderaan melalui e-mel atau media sosial mereka. Sertakan bukti tempahan dan wakil pengedar agar syarikat motosikal tahu apa yang benar-benar berlaku.

Bila aduan anda diterima secara rasmi, besar kemungkinan kes-kes yang diterima akan menerima perhatian yang lebih.


* Gambar utama dari Zain Caricature

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…