Kenapa motosikal rasa lembab? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Bangun pagi, hidupkan enjin motosikal dan selepas enjin panas, baca Bismillah dan mula menunggang.

“Kenapa ya enjin aku ni semakin lembab? Dulu rasanya lagi power dari sekarang."

Untuk mereka yang menunggang motosikal empat-lejang, baik besar atau kecil, pastinya kita pernah terdengar senario di atas berlaku.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut Kawasaki Malaysia, ia akan berlaku jika penyelenggaraan betul tidak dilakukan ke atas jentera itu dan kemungkinan besar apa yang  terjadi ialah anda perlu menyelaraskan kembali kelegaan injap pada enjin anda.

 

Mari kita baca dan pelajari apa kata pakar mengenai kelegaan injap.

  • Di dalam kepala silinder enjin, ada antara empat atau lima injap yang mengawal campuran udara dan bahan api serta gas ekzos.
  • Injap-injap itu adalah antara komponen yang paling tinggi kadar penggunaannya di dalam sesebuah enjin.
  • Semakin tinggi kelajuan enjin berputar, semakin mengecil kelegaan injap kerana tempat injap semakin haus. 
  • Kerana sebab itu, kelegaan injap perlu diperiksa selalu dan diselaraskan jika perlu.
  • Memeriksa kelegaan injap bukanlah satu tugas sukar, dan ada enjin yang memerlukan anda mengganti “shims” atau pemipis jika diperlukan.

 

bmw

 

  • Ada enjin modern yang menggunakan injap titanium atau bahan-bahan eksotik lain yang lebih lasak, tetapi kelegaan injap masih perlu dilakukan untuk memastikan enjin dalam keadaan optimum.
  • Enjin modern selalunya beroperasi dalam suhu yang tinggi, dan bila komponen-komponen mengembang, kelegaan injap sering menjadi mangsa utama dan akibatnya ialah buyi injap bergemerincing utama bunyi tamborin tidak diundang.
  • Ada juga kes di mana kelegaan injap semakin mengecil kerana tempat letak injap yang tidak rata. Apa yang akan berlaku ialah anda akan mengalami penurunan berat akibat dompet yang ringan. 
  • Kenapa dompet ringan? Kerana bila kelegaan injap mengecil, asap ekzos akan berkumpul dan membakar injap dan sebentar lagi, enjin anda akan terus rosak secara total. Jadi bila enjin terasa sebu (kerana asap gas ekzos tidak dapat keluar dengan betul), perlahankan kelajuan dan terus ke bengkel.

 

honda

 

Bila injap perlu diperiksa?

  • Lain tempat lain adat, lain enjin berbeza sela masa servisnya.
  • Setiap motosikal didatangkan dengan buku manual dan ia bukan untuk disimpan di dalam gerobok untuk dihadiahkan kepada Muzium Negara dalam tahun 2020 nanti.
  • Buka buku manual dan periksa bilakah pemeriksaan kelegaan injap perlu dilakukan. 
  • Kongsi dengan mekanik anda kerana mekanik sendiri ada terlalu banyak jenis motosikal yang diterima untuk diservis - tidak mungkin beliau tahu secara terperinci semua jenis motosikal di dalam dunia ini.
  • Selalunya, pemeriksaan kelegaan injap dilakukan antara 4,800 hingga 26,000 km.

 

checking valve clearance

 

Bolehkah kita lakukan sendiri?

  • Sebenarnya, ia tidak sesukar mana, sekiranya anda memang sudah biasa bermain dengan enjin-enjin.
  • Untuk yang berani mencuba, pastikan alat-alat yang diperlukan sudah ada. 
  • Pastikan juga manual cara dilakukan ada (boleh download di internet, dan kebanyakannya lebih kurang sama caranya).
  • Jika perlu alatganti seperti shims, beli hanya alatganti asli.
  • Untuk yang akan memanggil tukang rumah hanya untuk menukar mentol tandas, disarankan anda jangan lakukan kerana dikhuatiri anda tidak faham apa itu skru, spanner, screwdriver dan paling penting, lokasi injap itu sendiri.
  • Bagi motosikal yang masih di bawah waranti, hantar kepada pusat servis bertauliah.

 

valve clearance tool
Alat mengukur kelegaan injap sangat penting.

 

Secara ringkasnya, kita perlu lebih peka terhadap keadaan dan perubahan enjin jentera kita agar ia dapat diselenggara dengan baik. 

 

Selamat menunggang!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…