Kenapa kereta elektrik lagi selamat meredah banjir

oleh HEZERI SAMSURI|
Meredah banjir memberikan risiko besar untuk kenderaan anda mengalami kerosak serius pada enjin.

Jika air termasuk melalui hos kemasukan udara, air akan terus ke bahagian dalam enjin dan menyebabkan enjin anda musnah dalam masa yang lebih singkat dari anda henda menyebut perkataan Oh Mak Kau.
Modenas

Namun begitu, Jaguar dan Tesla menyatakan kenderaan elektrik adalah jauh lebih selamat untuk mengharungi banjir.

Jaguar contohnya berkata kereta elektrik i-Pace mereka mempunyai kebolehan meredah air sama dalam dengan Land Rover Defender.

Ini bercanggah dengan logik akal kerana komponen elektronik secara nalurinya tidak sukakan air.

Jadi bagaimana ia dilakukan?

Yang pertama, kenderaan elektrik tidak mempunyai sebarang corong udara kerana ia TIDAK ADA ENJIN.

 

 

Keduanya, Jaguar dan Tesla berkata segala komponen elektronik yang sensitif air di dalam kenderaan elektrik mereka memang sudah kedap udara.

Ini adalah satu faktor wajib di dalam pembuatan mana-mana kenderaan elektrik atau hibrid kerana ia perlu memastikan penumpang tidak terkena kejutan elektrik walaupun semasa kecemasan.

Selama ini pun, kita tidak pernah mendengar kenderaan elektrik yang rosak kerana meredah hujan ataupun penumpangnya terkena kejutan eletrik.

Ada banyak kelebihan dan juga kekurangan kenderaan elektrik dan Hezeri Samsuri bakal menghasilkan satu video rumusan pengalaman keluarganya menggunakan sebuah kereta elektrik selama setahun.

Nantikan! 

Add new comment

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Model facelift yang telah diperkenalkan di peringkat global tahun lalu itu dikuasakan oleh enjin 2.…
Model Terbaharu
Didatangkan dalam penawaran enjin tunggal Ingenium 2.0 liter turbo, trenkuasa ini mampu…
Berita Global
Dengan kerjasama University of Cambridge, Jaguar Land Rover sedang membangunkan teknologi skrin…