Kenapa Civic Type-R ada 3 lubang ekzos?

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ramai sebenarnya yang bertanya kenapa Honda Civic Type-R baharu mempunyai tiga lubang ekzos.

Ia rupanya bukan disebabkan oleh faktor kosmetik kerana menurut laman web Jalopnik. seorang perancang produk Honda telah memberitahu mereka bahawa lubang kecil di tengah itu digunakan untuk memperlahankan bunyi kereta itu pada waktu-waktu tertentu.

Waktu tersebut ialah ketika di lebuhraya supaya pemandu dan penumpang tidak dibingitkan oleh ekzos yang bising sepanjang perjalanan jauh.

Bunyi ekzos dan enjin semasa di lampu merah atau semasa permulaan masih lagi sama - bingit dan sporti.

Sebenarnya Careta sangat bersetuju dengan idea Honda ini. Kami pernah memandu uji Honda Civic FD Type R semasa ia dilancarkan di Malaysia dan dalam masa seminggu kami bersama Type-R itu, kami bercadang untuk ke Pulau Pinang.

Sesampainya di Sungai Buloh, kami lakukan U-turn dan menukar kenderaan kerana tidak tahan dengan bunyi “droning” atau menderum dari enjin dan sistem ekzos itu yang sangat-sangat memenatkan badan selepas setengah jam.

Type-R baharu ini akan menghasilkan bunyi yang agresif bila ia dipandu secara agresif tetapi sekiranya sedang memandu dengan kelajuan 110 kmsj di lebuhraya, ia akan senyap sedikit, menambahkan keselesaan kepada penumpang.

Paip besar kiri dan kanan ialah dari jenis straight-flow mufflers sementara paip tengah yang kecil itu ialah sebuah resonator untuk meredam bunyi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…