Kenapa bateri kereta dengan Eco-Idle atau Auto Start/Stop lebih mahal?

oleh HEZERI SAMSURI|
Teknologi Auto Start/Stop atau Eco-Idle memang mampu menjimatkan penggunaan bahanapi.

Ia berfungsi dengan mematikan enjin secara automatik bila kenderaan berhenti (contohnya semasa kesesakan jalanraya) dan hidup dengan segera bila pedal pendikit ditekan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut majalah Road & Track (isu April 2012), pemandu-pemandu di Amerika Syarikat menghabiskan 14.8 billion liter bahanapi setahun kerana melahu semasa kesesakan jalanraya.

Peratusan penjimatan bahanapi dengan menggunakan sistem Start/Stop ini adalah antara tiga ke 10 peratus, dan ada kalanya boleh mencapai 12 peratus.

Jadi memang terbukti fungsi Start/Stop memang mampu memberikan penjimatan, dan menarik juga kerana fungsi yang sering ada pada kenderaan mahal ini sebenarnya turut ada pada kenderaan marhaen seperti Perodua dan juga skuter PCX dan ADV150 dari Boon Siew Honda.

 

 

Namun begitu, ramai pemilik yang tidak tahu bahawa fungsi Start/Stop memerlukan penggunaan bateri yang istimewa (dan juga lebih mahal).

Tidak seperti bateri kereta yang lain, bateri untuk Start/Stop bukan hanya perlu memberikan jumlah tenaga yang tinggi untuk menghidupkan enjin sebelum perjalanan, ia perlu mempunyai cukup tenaga untuk "menghidupkan" enjin setiap kali sistem Start/Stop mematikan enjin ketika berhenti.

Selain dari itu, walaupun enjin terhenti, bateri Start/Stop perlu memastikan masih ada cukup tenaga untuk memastikan kipas, lampu dan segala kelengkapan elektrikal pada kenderaan itu terus berfungsi.

Bila enjin dhidupkan semula, alternator akan mula mengecaj bateri tersebut. 

 

 

 

Bayangkan jika perjalanan anda dekat, tetapi ia mempunyai kesesakan trafik yang tinggi, bateri itu akan menggunakan banyak tenaga untuk memastikan banyak kelengkapan dan fungsi elektrik kekal berfungsi.

Ia juga akan dicaj banyak kali, sehingga tidak terbilang oleh jari-jari anda ataupun kaki-kaki lipan.

Oleh kerana beban yang tinggi, bateri kereta biasa tidak boleh digunakan. Hanya dua jenis bateri kereta sahaja yang direka khusus untuk tujuan sistem Start/Stop -  Enhanced Flooded Battery (EFB) dan Absorbent Glass Mat Battery (AGM).

 

 

 

Bateri EFB adalah yang paling popular, sementara AGM punya lebih digunakan untuk kenderaan-kenderaan mewah.

Untuk pemilik kenderaan yang menggunakan bateri AGM pula, Sistem Pengurusan Bateri atau Battery Management System (BMS) pada kereta anda hanya boleh menerima bateri jenis itu sahaja.

Jika tidak, anda akan merosakan bateri yang baharu itu atau sistem elektronik kenderaan anda mungkin boleh rosak.

Oleh kerana itu, sebelum anda mahu membeli bateri kereta secara online, pastikan saiz bateri anda DAN jenis bateri yang anda mahu beli! 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perlumbaan untuk menghasilkan bateri lithium soild state adalah perlumbaan paling ketara sekarang…
Berita Global
Bercakap dengan pemberita Nikkei Asia, Liu Jingyu, pengerusi CALB berkata pembinaan kilang bateri…
Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…