Kenapa Anugerah Kereta Tahunan MAI 2018 guna juri bukan media?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung malam ini di Subang adalah acara anugerah industri automotif yang paling awal dan paling berstatus tinggi.

Ini ditambah lagi dengan fakta bahawa MAI ialah sebuah agensi di bawah MITI dan majlis Car Of The Year (COTY) sering dihadiri oleh menteri dan timbalan menteri.

Malam ini, acara tahunan tersebut akan dihadiri oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sendiri, bapa automotif negara.

Kehadiran Tun sendiri membuktikan pengiktirafan beliau terhadap anugerah tersebut. Turut akan hadir ialah Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI).

Datuk Madani Sahari, CEO untuk MAI berkata bahawa acara COTY adalah antara acara terpenting di dalam kalendar agensi tersebut dan beliau mahu memastikan bahawa proses penjurian yang dilakukan adalah dalam keadaan neutral dan dibantu oleh mereka yang fasih mengenai produk-produk yang mewarnai industri automotif negara itu.

Jadi bagaimanakah proses penjurian kenderaan itu dilakukan? 

 

yamin

 

Careta bertanyakan kepada Yamin Vong (gambar atas), Pengerusi Panel Juri untuk COTY MAI 2018 di mana beliau menerangkan lebih lanjut bagaimana ia dilakukan.

Menurut Yamin, panel juri dipilih berdasarkan beberapa fakta.

Wakil media memang diperlukan kerana mereka mempunyai akses lebih mudah kepada kenderaan-kenderaan terbaharu dan mereka sudah memandu ratusan model setiap tahun.

Ini memudahkan mereka melalukan perbandingan. 
Media juga arif tentang perkembangan teknologi dan juga pakej-pakej yang ditawarkan oleh setiap syarikat automotif.

Dalam banyak bidang, juri-juri dari media ini membantu memberikan pandangan dan nasihat berdasarkan pengalaman mereka.

Namun begitu, kenderaan dibeli oleh pelbagai lapisan pembeli dan COTY yang diadakan di Eropah dan di US sering menggunakan juri awam kerana mereka mewakili pembeli.

Kerana itu, COTY MAI 2018 terus menggunakan khidmat beberapa juri awam yang ternyata berjaya menjadikan COTY MAI ini lebih relevan kepada pasaran.

Di bawah ialah juri-juri COTY MAI 2018 dari kalangan bukan media.

 

Azmi Abdullah

  • Sekiranya anda mengkaji projek Sauber bersama Petronas, nama Azmi Abdullah pasti akan muncul.
  • Anak kelahiran Parit Jawa, Muar ini menjadi Ketua Projek untuk Sauber Petronas Engineering (SPE) di Zurich, Switzerland.
  • Azmi bersama 12 orang jurutera tempatan menghasilkan enjin berprestasi tinggi P98 2.0L (200PS dan 200Nm) pada awal tahun 2000-an.
  • Azmi kemudian pulang ke Malaysia dan mengetuai sepasukan 60 orang jurutera untuk menghasilkan enjin-enjin 1.8L dan 2.0L yang dipasang pada kenderaan Proton, Lotus dan juga TVR.
  • Sudah bersara dari Petronas, minat beliau terhadap kenderaan tidak pudar dan beliau sudah berada bersama COTY ini sejak tahun 2009.
  • Azmi banyak memberikan input dari segi teknologi dan kejuruteraan kenderaan.

 

Professor Sulik Sulaiman

  • Sebelum Proton lagi, sebenarnya Malaysia sudah ada pakar rekabentuk kenderaan dan Dr Sulik Sulaiman, 66, juga anak jati Muar ini mendapat anugerah Sarjana di dalam Kejuruteraan Rekabentuk Industri dengan pngkhususan Pengangkutan dari Royal College of Art, London.
  • Sulik kemudian bekerja dengan pelbagai syarikat perunding rekabentuk kenderaan di Eropah termasuk syarikat Ogle and Raymond Loewy dari England.
  • Beliau kemudian terbabit di dalam rekabentuk trak, traktor dan akhirnya, kereta Formula 1.
  • Sekembalinya ke Malaysia, Sulik masih terlibat dalam rekabentuk kereta sukan rally, limosin, bas, ambulan dan lori bomba.
  • Sekarang ini Sulik menjadi Dekan untuk Fakulti Rekabentuk di sebuah universiti di Trengganu dan juga menjadi pensyarah jemputan di beberapa universiti lain.
  • Sulik mula menjadi juri COTY sejak tahun 2007, beliau membantu panel juri dalam memberikan pendapat dari segi rekabentuk kenderaan.
  • Malah Sulik diberi mandat untuk memberi anugerah kepada rekabentuk kenderaan terbaik setiap tahun semasa Anugerah COTY.


Datuk Dr Teoh Siang Chin, PJN

  • Beliau mempunyai pengalaman selama 33 tahun di dalam perkhidmatan kesihatan awam bersama Kementerian Kesihatan (20 tahun beliau bertugas di Sabah).
  • Antara jawatan lain yang pernah dipegang oleh beliau ialah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dari tahun 2005 hingga 2007, Pengerusi Persatuan Perubatan Negara-Negara Asia Tenggara dari tahun 2006 sehingga 2008 dan CEO pengasas untuk Clinical Research Malaysia (CRM) tahun 2012.
  • Sekarang ini, Dr Teoh menjadi Presiden Kinabalu Life Saving Society (KLSS) dan penasihat untuk CRM Devices. 
  • Input beliau sangat penting kerana Dr Teoh sendiri adalah peminat kenderaan yang tegar dan aspek keselamatan menjadi antara ciri utama penghakiman beliau.

 

 

Juri-juri media pula terdiri dari:

Chips Yap, Pengarang untuk Motor Trader dan juga antara yang paling kanan di dalam panel.
Chips mempunyai pengalaman selama 41 tahun di dalam media automotif.

Christopher Ng atau Chris Ng pula ialah Ketua untuk laman web BehindTheWheel.my dari Astro.

Daryl Loy pula ialah pengarang untuk majalah automotif premium nombor satu negara, TopGear Malaysia. Anak kelahiran Melaka ini mempunyai ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.

Sean Chua ialah penulis untuk meja ekonomi dan automotif bagi akhbar Sin Chew. Beliau sangat arif akan pasaran automotif berbahasa Mandarin dan input beliau memang sentiasa dinantikan oleh syarikat-syarikat automotif.

Hezeri Samsuri bermula dari menjadi penulis dan pelukis kartun sambilan untuk majalah Roda-roda sewaktu beliau di universiti lagi. Kemudian menulis untuk akhbar (NST dan Berita Harian) bagi sisipan automotif, menjadi pengarang untuk majalah TopGear dan kini beliau menjadi pengasas bersama laman web Careta.

Yamin Vong mula menulis untuk Business Times di NST pada tahun 1980, Yamin ialah antara pengasas COTY dalam tahun 2002. Beliau juga pernah menjadi pengarang urusan Cars, Bikes and Trucks (CBT) di New Sunday Times.

Kesemua juri-juri ini akan menghakimi calon-calon kenderaan yang diperkenalkan dalam tahun 2018 dan mereka akan memilih pemenang bagi setiap kategori.

 

 

Kategori yang ada untuk tahun ini ialah:

  • Kereta Peringkat Kemasukan (Entry Level)
  • Kereta Hatchback sporty (Hot Hatch)
  • Trak Pikap
  • Crossover Kompak
  • Crossover Saiz Pertengahan
  • MPV di bawah harga RM200,000
  • MPV di atas harga RM200,001
  • SUV Peringkat Kemasukan
  • SUV Saiz Pertengahan
  • SUV Mewah Saiz Pertengahan

Ada beberapa kategori yang tidak dipertandingkan kerana tiada model baharu yang diperkenalkan untuk kategori itu tahun ini.

Sama-sama kita nantikan keputusan panel juri ini untuk Anugerah Kereta Tahunan MAI 2018 malam ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Berita Domestik
Perjanjian tersebut bertindak sebagai penggerak kepada polisi yang baharu sahaja dilancarkan baru-…