Kenapa ada tayar trak atau treler yang tergantung?

oleh HEZERI SAMSURI|
Pastinya kita pernah terlihat tayar lori atau treler yang "diangkat" dan tergantung, tak menjejak bumi.

Kenapa ia dilakukan? 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tayar yang terangkat itu sebenarnya disebabkan oleh gandar yang dinaikkan ke atas. Ia dipanggil "tag axle" atau gandar pengikut. 

Ia juga dikenali sebagai gandar mati (dead axle), gandar terangkat (lift axle), gandar kelentong (cheat axle) atau gandar boleh turun (drop axle).

Gandar pengikut ini tidak disambungkan kepada transmisi, bermakna ia tidak disambungkan ke enjin dan ia berputar mengikut kenderaan itu sendiri. 

 

 

Tujuan utama gandar pengikut ini wujud ialah untuk menjimatkan penggunaan bahan api dan mengurangkan kadar kehausan tayar.

Secara ringkasnya, jika beban tidak begitu berat, tiada keperluan untuk gandar itu digunakan.

Untuk memahami kenapa wujud gandar pengikut, kita perlu faham bahawa setiap gandar itu mempunyai kapasiti beban maksimum yang boleh dibawa.

Beban kargo perlu dibahagikan dengan baik antara gandar-gandar agar tayar tidak beroperasi melampaui spesifikasinya dan jalanraya tidak rosak.

Jadi sekarang anda sudah boleh faham kenapa ada tayar lori yang bersepah di atas jalanraya dan kenapa ada jalanraya yang keadaannya lebih teruk dari jalanraya di kawasan Pulau Indah, Klang.