Kenanga Research - Sebahagian M40 dijangka tidak terima subsidi bahan api

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kenanga Research menjangkakan sebahagian kumpulan M40 mungkin tidak akan menerima bahan api bersubsidi selepas pengenalan sistem subsidi bersasar dan sekali gus mengurangkan kuasa membeli mereka.

Firma penyelidikan itu berkata, subsidi bahan api yang disasarkan semasa pembentangan Bajet 2024 di Parlimen pada 13 Oktober ini dijangka akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, peralihan ini didorong oleh beban kewangan yang tidak mampan dalam persediaan sedia ada, dengan sejumlah 35 peratus daripada subsidi RM77.3 bilion pada 2022 telah digunakan untuk subsidi bahan api yang banyak memanfaatkan kumpulan T20 yang lebih kaya.

"Dengan memanfaatkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kerajaan berhasrat untuk mengenal pasti penerima menggunakan kriteria “pendapatan boleh guna bersih”, yang bertujuan mengecualikan sebahagian besar demografi T20.

"Kami percaya sebahagian daripada kumpulan M40 juga mungkin tersisih, menyebabkan kuasa perbelanjaan kumpulan pengguna ini berkurangan. Oleh itu, kami berhati-hati terhadap peruncit pasaran pertengahan.

"Bagaimanapun, kami kekal positif terhadap pemain industri barangan ruji pengguna kerana pelanggan sasaran mereka, iaitu kumpulan B40 akan terus menikmati bahan api bersubsidi sepenuhnya dan kuasa membeli mereka tidak terjejas," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Kenanga Research berkata, walaupun berlaku kelembapan, ekonomi yang stabil dan pasaran pekerjaan yang rancak dilihat terus menyokong perbelanjaan pengguna.

Katanya, kategori berpendapatan atas dijangka mengekalkan kedudukan kewangan yang stabil manakala kumpulan berpendapatan sederhana mungkin menghadapi pengurangan pendapatan boleh guna disebabkan subsidi bahan api yang disasarkan akan berlaku.

"Kumpulan berpendapatan rendah masih akan menikmati bahan api bersubsidi sepenuhnya dan oleh itu tiada hakisan kepada kuasa perbelanjaan kumpulan itu.

"Selain itu, kumpulan itu akan terus menerima bantuan kewangan daripada kerajaan termasuk pemberian wang tunai," katanya.

Firma penyelidikan itu menyemak turun penarafan sektor pengguna kepada 'neutral' daripada 'overweight'.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata syarikat yang terlibat diharap dapat membuat permohonan selewat-lewatnya 30 April…
Berita Domestik
Sistem apungan terurus lazim digunakan dalam persekitaran kewangan antarabangsa, dengan bank pusat…
Berita Domestik
Katanya, hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada jam 9.…