Kenang jasa Michael Schumacher, Muzium Ferrari buka pameran 'Michael 50'

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi menyambut ulang tahun yang ke-50 lagenda Formula One, Michael Schumacher, Muzium Ferrari yang terletak di Maranello mengambil inisiatif dengan membuka pameran tribut khas sebagai menghargai jasa beliau. 

Pameran 'Michael 50' itu turut menyelami sejarah kejayaan beliau sepanjang menceburkan diri dalam karier F1, di mana beliau memperoleh 91 kemenangan, 155 podium dan tujuh gelaran bertaraf dunia. 

 


Di sudut 'Hall of Victories' pula, sebahagian daripada jentera yang dipandu oleh Schumacher dipamerkan seperti F310 (1996), Ferrari F399 (1999), F1-2000, F2002, F2004, dan 248 F1 yang dipandu ketika beliau memperoleh kejayaan yang ke-72 pada tahun 2006. 

Turut dipamerkan ialah sebahagian contoh kereta Ferrari yang menerima sentuhan daripada Schumacher sperti 430 Scuderia dan juga California. 
 


Pameran Michael 50 ini diadakan serentak bersama-sama pameran 'Driven by Enzo' dan juga 'Passion and Legend' di Muzium Ferrari, Maranello. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Skuad kendalian Andrea Pirlo tercicir dari kelompok empat teratas susulan kekalahan itu dan kini…