Kenali smart #1, crossover EV 268 hp yang bakal dijual oleh Proton Edar

oleh Mohamad Hanif|
Jenama smart kini kembali menawarkan produk kenderaan elektrik berupa sebuah crossover yang dinamakan sebagai #1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model #1 juga merupakan model pertama smart yang dilancarkan sejak Geely menguasai 50 peratus pegangan di dalam syarikat tersebut daripada Daimler.
 

smart


Dibangunkan menggunakan platform EV SEA daripada Geely, smart #1 mampu menawarkan jarak operasi sejauh 440 km dengan pek bateri berkapasiti 66 kWh NCM (nikel, kobalt, mangan) yang dipasang pada bahagian lantai.

Pengecasan 10-80 peratus mengambil masa sekitar 3.5 jam menggunakan pengecasan AC 22 kW, atau bawah 30 minit dengan pengecasan DC 150 kW.

Dari segi kuasa, smart #1 datang dengan motor elektrik tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 268 hp dan daya kilas 343 Nm, dengan kelajuan tertinggi 180 km/j.
 

smart


smart #1 membawakan ukuran sepanjang 4.27 meter, lebar 1.82 meter, tinggi 1.64 meter dengan jarak antara roda sepanjang 2.75 meter.

Dimensi smart #1 ini dikatakan menyamai saiz EV yang ada di pasaran seperti Kia Niro EV, MINI Countryman atau Renault Megane E-Tech, sementara ruang kabin pula 'mampu' menyamai kualiti yang ada pada sebuah sedan Mercedes-Benz E-Class.
 

smart


Ruang kabin pula menempatkan skrin infotainmen bersaiz 12.8 inci, skrin paparan kluster instrumen 9.2 inci, serta paparan head-up bersaiz 10 inci.

Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah kawalan jelajah adaptif, sistem pemantauan titik buta, serta bantuan suluhan tinggi adaptif.

Harga jualan tidak diumumkan buat masa ini.
 

smart


Untuk para peminat smart di Malaysia, usah risau kerana model smart #1 ini akan turut dibawa masuk secara rasmi oleh Proton Edar, menjadikannya model EV pertama yang dijual oleh jenama tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
smart #1 telah mengukuhkan kedudukannya di kedudukan ke-3 dalam kategori SUV EV untuk harga kereta…
Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…