Kenali Fabio Taglioni, tokoh sistem desmo legenda Ducati

oleh Muhammad Md Tajudin|
Fabio Taglioni
Fabio Taglioni
Motosikal Ducati dan teknologi desmodromic ibarat aur dan tebing atau sangat berkait rapat.

Teknologi tersebut sudah lama dan pada tahun 1956 seorang jurutera bernama Fabio Taglioni berjaya mengkaji dan mengaplikasikannya untuk diguna pada motosikal atau lebih tepat lagi, Ducati 125 Grand Prix.

Fabio Taglioni dilahirkan pada 10 September 1920 dan sempena 100 tahun tarikh tersebut Ducati memperingati dan memberi penghormatan kepada tokoh yang banyak berjasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Fabio Taglioni

 

Berikut ialah kisah Fabio Taglioni, seorang individu legenda dalam dunia motosikal:

Pelajar kejuruteraan mekanikal

Dilahirkan di San Lorenzo di Lugo, Fabio Taglioni melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan lulus pada tahun 1943. 

Beliau kemudian menyertai Ducati sebagai Pengarah Teknikal pada 1 Mei 1954 dan merupakan detik gemilang buatnya dan syarikat Itali itu.

Kebijaksanaan Fabio Taglioni terserlah apabila berjaya menghasilkan motosikal Gran Sport 100 hanya dalam tempoh 40 hari selepas berkhidmat dengan Ducati.

Motosikal itu cemerlang dan menjadi bintang di dalam perlumbaan jarak jauh (gran fondo) Itali. 

 

Ducati Grand Sport 125 Marianna 1956
Ducati Grand Sport 125 Marianna 1956

 

Dunia perlumbaan dan desmodromic

Selepas kejayaan Gran Sport 100 dan 125, Fabio Taglioni menumpukan perhatian di dalam bidang perlumbaan dan memulakan projek hebat sistem desmodromic.

Dengan kesungguhan dan kemahiran yang ada beliau mengkaji, menyempurnakan dan menjadikan teknologi tersebut sebagai satu idea dan projek cemerlang.

Motosikal pertama yang dilengkapi sistem desmodromic ialah 125 GP Desmo. 

Kehebatan 125 GP Desmo terserlah apabila berjaya memenangi Grand Prix pertama sebulan selepas pengenalan dan menempatkannya sebagai motosikal 125 paling laju di dunia pada masa itu.

Ducati 175 Gran Turismo dan Scrambler

Pada tahun-tahun berikutnya Fabio Taglioni terlibat dalam bidang komersial Ducati dengan membangunkan projek seperti 175 Gran Turismo dan Ducati Scrambler. 

Kecemerlangan beliau bukan hanya pada kelajuan tetapi merangkumi ketahanan dan reliabiliti.

Kembali ke dunia perlumbaan 

 

 Ducati 750 GT
 Ducati 750 GT

 

Selepas menyumbang kepada menjadikan Ducati sebuah jenama antarabangsa, Fabio Taglioni kembali menumpukan perhatian kepada projek baharu.

Beliau mempersiapkan Ducati untuk kembali ke dunia perlumbaan pada tahun 1971 dengan 500 GP.

Pada tahun berikutnya, 750 GT diperkenal dan mencatat rekod sebagai motosikal silinder berkembar produksi pertama di dalam sejarah Ducati dan dikuasakan enjin 90° longitudinal dua silinder.

Motosikal 750 Imola pula diperkenal pada Imola 200 di hadapan 85,000 penonton dengan dua pelumba iaitu Paul Smart dan Bruno Spaggiari berjaya melepasi garisan penamat di khalayak ramai.

Sehingga penghujung karier

 

Ducati Pantah 500
Ducati Pantah 500

 

Fabio Taglioni terus menyumbang di dalam inovasi dan eksperimen dunia perlumbaan dengan hasil tangan signatur beliau di dalam projek seperti Pantah 500 dan 750 F1.

Satu daripada persamaan di dalam kesemua projek rekaan beliau ialah reliabiliti. Fabio Taglioni berpendapat kuasa semata tidak cukup untuk menghabiskan dan menang dalam perlumbaan.

Dengan itu beliau memperkenalkan sistem desmodromic buat kali pertama dalam dunia motosikal yang membolehkan enjin motosikal lumba memecut pada kelajuan sangat tinggi tanpa hilang kecekapan.

 

Ducati 750 F1
Ducati 750 F1

 

Bunga orkid

Sebagai seorang jurutera mekanikal dan dalam tempoh 30 tahun kerjaya, Fabio Taglioni telah mereka bentuk lebih 1000 projek termasuk enjin silinder L berkembar dan rangka trellis.

Beliau mencipta enjin hebat dengan sesaran kecil dan besar yang bukan sahaja sempurna pada aspek teknikal tetapi juga cantik dari sudut estetika.

Perhatian Fabio Taglioni kepada estetika dipengaruhi oleh minat pada bunga orkid dan seorang pengumpul sepanjang hidup beliau.

Jadi apa kaitannya dengan bunga orkid?

Orkid ialah bunga yang mempunyai kecantikan serta tarikan tersendiri dan melambangkan konsep gabungan selain simbolik kepada elegan, harmoni, kecantikan dan penyempurnaan.

Orkid pada tahap lebih tinggi melambangkan nyala rasa, sensual dan cinta seperti mana hasil tangan Fabio Taglioni pada Ducati.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Ducati