Kenali enjin HRA0 1.0L Turbo 3 silinder Nissan, guna pada Magnite dan Almera

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan HRA0
Nissan HRA0
Nissan telah memperkenalkan SUV kompak Magnite di Indonesia pada Disember 2020 dengan harga permulaan yang cukup menarik iaitu sekitar RM60,000.

Ini adalah pasaran kedua selepas Magnite diperkenalkan di India pada Oktober 2020.

Selain berukuran 3.9 meter, Magnite dibekalkan enjin kompak yang hanya bersesaran 1.0 liter turbo.

Enjin HRA0 tiga silinder itu turut digunakan pada Nissan Almera yang dijual di negara kita.

Enjin kecil, tiga silinder dengan kuasa pendesak turbo sebenarnya sudah menjadi trend di kalangan pengeluar kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Magnite

 

Saiz enjin kecil, silinder pun ada tiga sahaja boleh pakai ke? Kenapa tidak? 

Enjin HRA0 pada Magnite ini mempunyai kuasa maksimum 100PS dan tork 160 Nm dan berada dalam lingkungan kuasa enjin lebih besar.

Kadar penggunaan minyak Magnite pasaran India ialah 20 km/l dengan pelepasan emisi CO2 118.5g/km.

Ada beberapa sebab sesaran enjin diturunkan di antaranya ialah pematuhan kadar emisi dan penjimatan minyak.

Di negara kita, enjin kecil menyumbang kepada cukai jalan rendah.

 

Nissan HRA0 MT
Nissan HRA0 MT

 

Magnite pasaran India ditawarkan dengan dua jenis transmisi iaitu lima kelajuan manual dan X-TRONIC CVT.

Julat gear Magnite dibuat lebih besar manakala perisian kawalan logik komputer D-STEP menggunakan input seperti kelajuan kenderaan, posisi pedal minyak dan aplikasi kelajuan bagi menentukan nisbah gear ideal dalam memberikan pemanduan yang lancar.

Kembali kepada enjin HRA0 Turbo, satu perkara mengenainya ialah penggunaan teknologi lapisan silinder (mirror bore cylinder coating) yang sebelum itu digunakan pada Nissan GT-R.

Penggunaan teknologi itu memberi faedah seperti berikut:

  • Pengurangan rintangan di dalam enjin.
  • Mengurangkan berat memperbaiki pengurusan haba dan kebuk.
  • Menyumbang kepada pecutan lancar dan penggunaan bahan bakar yang cekap.

 

Nissan HRA0 CVT
Nissan HRA0 CVT

 

Selain itu, kepala silinder disatukan dengan manifold ekzos dan mempunyai penutup plastik.

Ia mengurangkan jumlah saluran untuk pemanasan pemangkin (catalyst) yang lebih cepat dan pantas dan pelepasan emisi lebih bersih.

Tali sawat enjin jenis elastik (elastic accessory belt) yang diperbuat dari bahan khas pula membolehkannya beroperasi tanpa penegang (tensioner) dan mengurangkan berat dan geseran seterusnya memperbaiki tahap penggunaan bahan bakar dan pelepasan emisi CO2.

 

Nissan Magnite

 

Berikut ialah ringkasan ciri-ciri enjin HRA0 1.0 Turbo:

  • 999cc tiga silinder dengan pengecas turbo.
  • Bore x Stroke: 72.2 x 81.3 mm.
  • Penggunaan bahan bakar bakar: 20km/l (manual) 17.7km/l (CVT).
  • Prestasi: 100 @ 5000 (PS @rpm) dan 160 @ 2800-3600 (manual) 152 @ 2200-4400 (Nm@rpm).

Memandangkan sekarang ini SUV turut menjadi pilihan pengguna di pasaran tempatan, adakah Magnite akan ditawarkan di negara kita?

Belum ada sebarang pengesahan mengenainya namun julat harga Magnite di Indonesia (RM60,000 hingga RM68,000) adalah sesuatu yang menarik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Nissan

Nissan Magnite