Kenaikan harga jualan Honda tidak melibatkan situasi semasa industri automotif negara

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Kewangan Malaysia menegaskan tiada sebarang perubahan terhadap dasar pengecualian duti eksais atau insentif tersuai di bawah Industrial Linkage Programme (ILP).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerajaan juga akan memastikan dasar-dasar percukaian ke atas industri kenderaan pemasangan tempatan (CKD) tidak akan merencatkan perkembangan perniagaan. 

Kenyataan ini dibuat merujuk kepada siaran media yang diterbitkan oleh Honda Malaysia bertarikh 21 Februari 2020 berhubung kenaikan harga jualan kenderaannya. 

Dalam masa yang sama, Kementerian Kewangan menegaskan bahawa keadaan ini hanya melibatkan syarikat Honda sahaja, dan ia tidak menjejaskan keseluruhan industri automotif tempatan. 

“Adalah perlu syarikat mematuhi semakan audit dan menurut dasar serta insentif pengecualian duti/cukai yang sedia ada supaya tidak menimbulkan persoalan dan bertindak adil kepada semua syarikat yang menurut asas yang sama dan kriteria yang betul.

“Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Automotif (ABDC) selaku pihak yang menilai dan mengesyorkan kelulusan insentif syarikat masih menggunapakai kaedah penilaian yang sama tanpa sebarang perubahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata,  pihaknya juga sedang melihat…
Berita Domestik
Berikut merupakan senarai harga jualan untuk SUV elektrik Lotus Eletre:   Eletre S - RM698,000…
Berita Global
Bercakap kepada Reuters, ketua eksekutifnya Jim Rowan memberitahu tiada sebarang keperluan untuk…