Ken Block kembali ke dunia rali bersama Subaru WRX STI

oleh Mohamad Hanif|
Setelah berundur daripada dunia 'glamour' menerusi projek Gymkhana, Ken Block dilaporkan akan bertempur kembali di dalam kejuaraan American Rally Association 2021 dengan menggunakan Subaru WRX STi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di dalam pasukan Subaru Motorsports USA, Ken Block akan disertai oleh pembantu pemandunya, Alex Gelsomino, sementara pelumba lain turut disenaraikan seperti Travis Pastrana/Rhianon Gelsomino, dan Brandon Semenuk/John Hall.

Menurut Ken Block, "saya sudah lama tidak menyertai kejuaraan penuh semenjak tahun 2013, dan ia sudah pasti memakan masa untuk membiasakan diri dengan jentera generasi baharu STI ini.

"Namun, saya menyukai apa yang ditawarkan pada jentera ini, dan tidak sabar untuk beraksi di Olympus kelak.

Ken Block pertama kali berlumba di dalam Subaru Impreza WRX STI pada kejuaraan Sno*Drift Rally pada tahun 2005, dan menjadi sebahagian daripada Subaru Rally Team USA sehingga tahun 2009 sebelum menandatangani kontrak bersama Ford.

Dalam video terbaharu bersama jentera rali beliau, Ken Block turut mendedahkan beliau akan memandu sebuah Porsche 911 di dalam kejuaraan East African Safari Classic Rally, dan trophy truck di dalam Baja 1000.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Kematian Ken Block pastinya meninggalkan kesan besar terutama sekali buat para peminat yang…
Berita Global
Mungkin ramai di antara peminatnya yang masih lagi merindukan aksi-aksi pemanduan lasak menerusi…
Berita Global
Sebagai seorang pemandu yang luar biasa, usahawan berjaya, dan ketua keluarga, pemergiannya…