Ken Block dapat jentera baharu Hoonitron untuk Elektrikhana

oleh Mohamad Hanif|
Sejak berpisah daripada Ford, Ken Block kini bekerjasama dengan Audi pula untuk membangunkan sebuah EV - dinamakan sebagai Audi S1 e-tron Hoonitron.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jelas dan nyata, bentuk Hoonitron ini banyak diinspirasikan daripada jentera Pikes Peak Hill Climb, Audi Sport Quattro S1 era 80-an, namun dengan pendekatan yang jauh lebih moden, dan tidak ketinggalan trenkuasa EV dengan sistem pacuan semua roda quattro.
 

Audi


Untuk menggerakkan semua roda, Hoonitron ini didatangkan dengan dua motor elektrik, dan pada ketika ini tiada sebarang angka spesifikasi didedahkan.

Selain daripada itu, Hoonitron ini turut mendapat casis yang diperbuat daripada gentian karbon penuh, dan direka untuk mencapai standard keselamatan FIA.
 

S1


Menurut Ken Block, "saya sudah biasa dengan pelbagai jenis kenderaan, enjin pembakaran dalaman dan transmisi, namun Hoonitron memberikan saya banyak perkara untuk dipelajari.

"Membuat pusingan donut pada kelajuan 150 km/j dari pegun - dengan menggunakan kaki kanan sahaja - merupakan satu pengalaman baru buat saya.
 

Audi


Audi S1 e-tron quattro Hoonitron ini bakal membuat kemunculan rasmi dalam video Gymkhana terbaharu Ken Block - Elektrikhana.