Ken Block, Audi bergabung wujudkan "Electrikhana"

oleh Mohamad Hanif|
Siri video aksi pemanduan lasak Gymkhana sememangnya sangat sinonim dengan susuk tubuh yang bernama Ken Block, namun selebriti terkenal itu baru-baru ini mengumumkan satu kerjasama baharu dengan Audi yang bakal membawakan siri baharu yang digelar sebagai Electrikhana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kerjasama ini, Ken Block bakal memandu sebuah jentera elektrik khas Audi E-Tron yang dibina khusus untuk dilenjan dalam siri terbaharu itu.

Serentak dengan itu juga Ken Block memuat naik sebuah video menerusi saluran YouTube-nya yang memaparkan kisah beliau berkunjung ke Jerman dan berpeluang untuk memandu model-model klasik dan moden Audi, seperti Audi Sport Quattro 1984, serta Audi RS E-Tron GT yang berkuasa 590 hp dan 830 Nm itu.

 


Menurut Block, Audi Sport Quattro itu merupakan jentera yang memberikan inspirasi kepada beliau untuk menceburi perlumbaan rali.

Ketika ditanya berkenaan langkah untuk menyertai perlumbaan rali elektrik, Block menjawabnya menerusi kapsyen video terbaharunya:

"Kenapa perlu bertukar kepada kenderaan elektrik? Pada saya, jawapannnya sangat mudah: Ia sesuatu yang baharu. Ia menawarkan prestasi tahap tinggi. Ia masa hadapan. Saya amat menyokong teknologi baharu serta pemikiran ke hadapan Audi yang boleh digunakan untuk mencapai keseronokan dalam pemanduan."

Siri baharu Electrikhana dijadualkan siarannya pada tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Kematian Ken Block pastinya meninggalkan kesan besar terutama sekali buat para peminat yang…
Berita Global
Ken Block telah meninggal akibat insiden yang melibatkan kereta luncur salji semasa percutian…
Berita Global
Subaru GL Wagon 1983 atau dikenali sebagai Family Huckster itu dibina khusus untuk digunakan oleh…