Kemungkinan besar tahun ini tiada Balik Raya dibenarkan

oleh HEZERI SAMSURI|
Larangan merentas negeri berkemungkinan besar akan dilanjutkan sehingga Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pihak kementerian telah bersedia untuk melanjutkan tempoh sekatan perjalanan tersebut yang bakal tamat Rabu ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Berdasarkan situasi pandemik sekarang dan juga dengan kerisauan wujudnya varian Covid-19 terbaharu dari Afrika Selatan, negara perlu menggandakan usaha untuk menghalang dan mengawal penyebaran virus tersebut," ujarnya kepada media semalam.

"Pihak Kementerian Kesihatan merasakan bahawa ada keperluan penting untuk melanjutkan tempoh PKP yang sedang berlangsung sekarang," tambah Adham.

Beliau bagaimanapun tidak mengatakan jangkamasa lanjutan itu akan dilangsungkan.

Terdahulu, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan tidak akan ada perjalanan merentas sempadan negeri menjelang Aidilfitri tahun ini.

Pengumuman rasmi akan dibuat esok dan kemungkinan besar tarikh lanjutan itu berakhir akan turut dinyatakan esok.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar pula berpendapat bahawa perjalanan merentas sempadan negeri boleh dibenarkan mengikut zon - contohnya zon utara, pantai timur dan selatan.

"PKP menyeluruh tidak diperlukan. Larangan merentas daerah juga perlu dilakukan di beberapa daerah di beberana negeri sahaja, bukan untuk semua negeri,' kata Zainal.

Beliau juga meramalkan bahawa PKP boleh dilanjutkan sehingga tahun hadapan.

"Dengan kadar kes Covid-19 yang sekarang sedang meningkat semula, tidak mustahil PKP ini boleh berlanjutan sehingga tahun 2022.

"Membekalkan vaksin kepada 80 peratus penduduk negara pastinya akan membantu tetapi kita perlu memantau situasi pandemik ini di waktu akan datang," ujarnya.

* Laporan penuh di The Star 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…