Kemunculan rasmi Ninja ZX-25R Q3 tahun ini, CKD Gurun

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lepas, pengunjung MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat jentera ‘empat dapur’ 250 cc Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ia dilapor akan muncul secara rasmi pada tahun ini, dan berita tersebut kemudian disahkan sendiri oleh CEO MODENAS, Encik Roslan Roskan semasa acara pembukaan rasmi Kawasaki Shah Alam, baru-baru ini.

Menurutnya, pihak Kawasaki Malaysia akan melancarkan secara rasmi model yang dinanti-nantikan ramai itu pada suku ketiga pada tahun ini.

Tambah Roslan lagi, pihaknya sedang mempersiapkan barisan produksi untuk model tersebut di kilang pemasangan Gurun, Kedah, selain menghantar beberapa orang wakil ke Kawasaki Jepun untuk memahami produk tersebut dengan lebih mendalam.
 

Z


Ketika ditanya soal penglibatan MODENAS di dalam motosikal elektrik, Encik Roslan menjelaskan pihaknya akan mengambil pendekatan yang lebih selamat melihatkan kepada infrastruktur pengecasan yang masih lagi belum cukup meluas di pasaran Malaysia.

Jelasnya lagi, harga minyak Malaysia yang masih murah mendorong motivasi yang rendah di kalangan pengguna motosikal untuk segera beralih kepada penggunaan motosikal elektrik.

Namun pada masa akan datang, MODENAS akan membuat penawaran produk berkuasa elektrik untuk sektor B2B (perniagaan-kepada-perniagaan) terlebih dahulu sebelum ia diperluaskan kepada para pelanggan MODENAS yang berminat.
 

kawasaki


Dalam perkembangan terbaharu, pihak MODENAS memaklumkan lebih daripada 1,000 unit model Ninja dan Z telah terjual biarpun ketibaan model tersebut agak lambat daripada jangkaan.

Baca: Spesifikasi Kawasaki Ninja ZX-25R 2023

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, model Ninja ZX-25R 2023 itu bakal dilancarkan kelak pada bulan September nanti,…
Berita Domestik
Pada ketika itu, ia sudah pun mula dijual di Indonesia, disusuli dengan beberapa pasaran Asean yang…
Berita Domestik
Dalam satu perjumpaan bersama para pengamal media bertempat di Kilang Modenas, Gurun, Kedah, CEO…