Kemudahan surau di Lebuh Raya PLUS dan LPT2 kini dibuka semula

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah membuka semula surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya kendaliannya bermula hari ini.


Ia selari dengan keputusan Jabatan Agama Islam di kawasan dan negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pelanggan lebuh raya kini dibenarkan untuk menunaikan solat di surau-surau yang terletak di R&R, hentian sebelah dan plaza tol di negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor


Begitu juga di Terengganu, surau-surau yang terletak di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) seperti di R&R Perasing, Paka dan Ajil serta di hentian sebelah dan plaza tol lebuh raya tersebut turut dibuka semula.

 


Walau bagaimanapun, surau-surau yang terletak di R&R, hentian sebelah dan plaza tol di Negeri Sembilan masih lagi ditutup kepada orang ramai sehingga diberitahu kelak.

 


“Sehubungan itu, PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang berhenti untuk menunaikan solat di kawasan-kawasan tersebut agar terus patuh kepada SOP keselamatan seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan keselamatan semua pihak,” jelas Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi.

 


Bergantung pada luas dan ukuran setiap surau, poster pemberitahuan mengenai had jumlah pengguna surau turut diletakkan untuk rujukan pengguna. 

 


Pendaftaran diri juga diperlukan menggunakan Aplikasi MySejahtera atau secara manual untuk tujuan pengesanan kontak
sebelum menggunakan kemudahan tersebut.

 


“Pelanggan juga dinasihatkan supaya membawa kelengkapan untuk bersolat seperti telekung dan sejadah sendiri untuk memastikan kebersihan diri terjaga ketika bersolat kerana kelengkapan tersebut tidak disediakan buat waktu ini, Penanda penjarakan fizikal turut disediakan di setiap ruangan solat di surau serta di kawasan mengambil wuduk untuk memastikan jarak fizikal 1 meter,” tambahnya.

 


Dalam masa yang sama, PLUS juga turut menasihatkan agar orang ramai segera meninggalkan surau setelah menunaikan solat untuk mengurangkan kontak fizikal di lokasi.

 


Pihak PLUS turut memberi penekanan terhadap kebersihan di semua premis lebuh raya seperti di seluruh kawasan R&R, hentian sebelah dan kemudahan awam yang lain. PLUS turut memastikan semua surau dan kemudahan awam lain sentiasa disanitasi secara
berjadual. 

 

Oleh itu, orang ramai diminta untuk turut mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri sendiri, selari dengan slogan Kerajaan, #Kita Jaga Kita,” ujar Zakaria lagi.

Berita Berkenaan

Informasi
  Oleh itu, PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang berhenti untuk menunaikan solat di kawasan…
Berita Domestik
Pembukaan premis surau kepada umum tersebut adalah selari dengan pengumuman Perintah Kawalan…
Berita Domestik
Apa yang menarik perhatian kami adalah syarat-syarat yang dikenakan di kawasan Rehat dan Rawat (R…