Kemudahan bayaran ansuran insurans kenderaan dan cukai jalan bagi penjawat awam

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Penjawat awam berpeluang membuat pembayaran ansuran untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor milik sendiri dan cukai jalan tanpa faedah melalui potongan gaji.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata inisiatif tersebut boleh membantu penjawat awam yang terkesan dengan musim pandemik COVID-19.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata kemudahan tersebut akan dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Angkatan Koperasi Kebangsa Malaysia Bhd (Angkasa) dan sebuah syarikat takaful.
 

“Ketika ini premium insurans kenderaan dan cukai jalan adalah cukup mahal. Jadi, penjawat awam akan diberi ruang dan peluang untuk membayar secara ansuran,” katanya pada sidang media selepas memulakan tugas secara rasmi di KSM di sini hari ini, yang turut disertai timbalannya Datuk Awang Hashim.

 

Beliau berkata kemudahan itu juga mungkin diperluaskan kepada pesara kerajaan setelah perbincangan mengenainya dengan pihak berkepentingan diperhalusi.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara itu didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas mangsa tampil membuat aduan…
Berita Domestik
Menerusi platform tersebut, pemilik kenderaan di Malaysia boleh membuat perbandingan harga daripada…