Kempen terbaharu Shell FuelSave 95 tawar Ekstra Kilometer, 4X mata ganjaran BonusLink

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen terbaharu "Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza" dengan mengetengahkan kelebihan bahan api Shell FuelSave 95.
Modenas

Direka dengan teknologi DYNAFLEX, Shell Fuelsave 95 mampu menawarkan jarak tambahan dengan menawarkan:

  • Ektra Penjimatan - mengurangkan sehingga 90 peratus geseran komponen kritikal enjin untuk memaksimumkan penggunaan bahan api
  • Ekstra Bersih - menghalang 95 peratus pembentukan mendapan untuk enjin yang lebih bersih
  • Ekstra Perlindungan - Shell FuelSave 95 melindungi enjin daripada lusuh, kakisan dan pembentukan  mendapan menggunakan formulasi Triple Action.

Ketiga-tiga manfaat ini adalah selaras dengan penemuan daripada kajian pengguna yang rata-ratanya mahukan bahan api yang menawarkan jarak yang lebih baik, serta menjimatkan kos untuk sebuah bahan api yang berkualiti.

 


Shell Malaysia turut melancarkan sebuah video teaser yang memaparkan kelebihan yang terdapat pada Shell FuelSave 95 menerusi kisah seorang bapa penyayang yang menjaga bayinya, dengan bantuan Shell FuelSave 95.

Bersempena dengan kempen terbaharu ini, Shell Malaysia bekerjasama dengan BonusLink untuk menawarkan sehingga empat kali mata ganjaran BonusLink dengan setiap pembelian minimum RM50 bahan api di stesen minyak Shell.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pengarah Urusan Randstad bagi Singapura dan Malaysia, Jaya Dass, berkata pencapaian Shell…
Berita Domestik
Menerusi penawaran ini, rakyat Malaysia boleh mendapat nilai tambahan setiap kali membuat pengisian…
Berita Domestik
deli by Shell ini menawarkan pelbagai pilihan makanan signatur deli2go bagi memudahkan perjalanan…