Kempen terbaharu Ferrari Roma 'La Nuova Dolce Vita in Korea' tampil pelakon terkenal Jung Haein

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari telah pun membuka tirai bagi kempen global Ferrari Roma dengan video terbaharu 'La Nuova Dolce Vita in Korea' menampilkan pelakon terkenal Jung Haein sebagai watak utama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pelakon Jung Haein telah dipilih sebagai protagonis utama di dalam kempen Korea disebabkan penampilan imej yang bersih, dan suara yang menenangkan selari dengan imej serta reka bentuk visual Ferrari Roma yang begitu indah.

Selain daripada itu, figur Ferrari Roma turut diperlihatkan berlatarbelakangkan beberapa lokasi seperti Gwanghwamun, Namdaemum, Namsan dan Han River, di mana tradisi, kemodenan, ketenangan dan dinamisme wujud bersama.

Untuk kempen di peringkat global, beberapa personaliti telah dipilih untuk membintangi video tersebut seperti contoh chef terkemuka Massimo Bottura (Modena, Itali), chef tiga bintang Michelin Pter Knogl (Basel, Switzerland), Takayuki Yamada (Kyoto, Jepun), Hans Zhang (Shanghai, China), vokalis Maroon 5 Adam Levine (US) dan chef Tim Raue (Berlin, Jerman).

Video tersebut boleh dilihat menerusi pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ferrari Roma Spider dilancarkan sebagai pengganti kepada model Portofino M, sekaligus menjadi model…
Pelancaran
Tidak seperti jentera Ferrari moden yang rata-ratanya lebih bersifat kelajuan, Ferrari Roma…
Berita Global
Supercar terbaharu ini diposisikan di bawah model F8 Tributo namun kedudukannya lebih tinggi…