Berlangsung selama lima bulan sehingga November 2022, kempen terbaharu ini bakal memberian hadiah istimewa kepada 500 orang pelanggan bertuah.
Setiap bulan, hadiah utama akan diberikan kepada 10 orang berupa 50,000 mata ganjaran Enrich* yang boleh ditebus untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel serta hadiah wang tunai sebanyak RM500.
*bersamaan tiket sehala kelas perniagaan atau dua tiket pergi balik kelas ekonomi ke Australia

90 orang pemenang juga akan dipilih setiap bulan untuk membawa pulang hadiah berupa pakej penginapan, 22,000 mata ganjaran Enrich**, mata ganjaran Petron Miles bernilai RM500, pakej kecantikan kereta, beg bagasi serta minyak pelincir Petron.
**bersamaan harga tiket sehala kelas ekonomi ke Australia
Kali ini, Petron turut bekerjasama dengan Condotti yang terkenal dengan kualiti bagasi serta Trapo yang menyediakan set kecantikan kereta.
Serentak dengan pelancaran kempen terbaharu, Malaysia Airlines dan Petron turut menganjurkan majlis penyampaian hadiah bertempat di Akademi MAS kepada 20 orang pemenang utama TENtu Happy Ohsem Treats sejak kempen bermula Jun 2022.
Setiap pemegang kad Petron Miles akan mendapat penyertaan automatik untuk setiap pembelian bahan api sekurang-kurangnya RM50, dan mereka perlu meleretkan kad Petron Miles semasa membuat pembelian bahan api untuk mengambil bahagian.
Mata ganjaran Petron Miles juga boleh ditukar kepad amata ganjaran Enrich untuk peluang kemenangan yang lebih tinggi.