Kempen servis "Welcome Back" dari Volkswagen

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan kempen “Welcome Back” di bawah usaha Volkswagen Care yang sedia ada dan mensasarkan pemilik kenderaan Volkswagen yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


VPCM menggesa pelanggan terlibat untuk mendaftar dan membuat temujanji servis kenderaan mereka melalui laman web dan akan dihubungi oleh petugas bagi menentukan perincian dengan lebih lanjut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

VPCM turut memaklumkan bahawa temujanji berkenaan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari selepas PKP ditamatkan.

 

Semua pelanggan yang mendaftar dalam tempoh ini akan turut menerima cenderahati.

 

Mereka yang tidak menuntut servis penyelenggaraan percuma atau bukan ahli Volkswagen Care Plus (VCP) layak untuk mendapat baucar tambahan bernilai RM50 bagi minyak enjin.

 

Selain itu, VPCM juga mencadangkan mereka yang memasuki tahun kelima pemilikan kenderaan untuk mendaftar di dalam program yang disediakan untuk mebolehkan mereka menikmati manfaat yang disediakan.

 

Ini termasuklah tiga baucar servis 20 peratus, bantuan tepi jalan selama dua tahun dan pakej ganti bateri di lokasi 24 jam.

 

Dari segi jaminan pula, VPCM akan terus memberi jaminan pelindungan bagi kenderaan yang tidak dapat mengikut jadual servis yang sepatutnya sepanjang PKP ini.

 

Untuk menempah temujanji “Welcome Back” ini sila klik di sini, atau memuat turun aplikasi Volkswagen Care di sini

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…