Kempen Servis Istimewa: 12,000 unit Toyota dan 1,500 unit Lexus terbabit

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan Kempen Servis Istimewa (SSC) bagi menggantikan pam bahan api untuk beberapa model Toyota dan Lexus.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Toyota Motor Corporation (TMC), terdapat kira-kira 12,000 unit Toyota merangkumi model Alphard, Camry, Corolla, Innova dan Fortuner yang terlibat dalam kempen ini.

 

Bagi jenama Lexus pula, kempen ini melibatkan kira-kira 1,500 unit merangkumi model GS300, GS350, IS300, LC500/500H, LS460, LS500/500H, LS600H, NX200T/300H, RC350/300H, RX350/450H dan RX350/450.

 

Hanya model keluaran tahun 2013 hingga 2019 yang diedarkan oleh UMWT terlibat dalam kempen ini. Model yang tidak tersenarai tidak terlibat.

 

Menurut UMWT, pam bahan api yang terjejas mungkin akan berhenti beroperasi. Jika ini berlaku, lampu amaran dan mesej akan terpapar pada panel instrumen dan enjin berkemungkinan akan tersekat dan tidak boleh dihidupkan.

 

Ini akan meningkatkan risiko berlakunya kemalangan terutamanya apabila memandu pada kelajuan tinggi.

 

UMWT akan memaklumkan semua pemilik kenderaan yang terbabit dan penggantian akan dilakukan secara PERCUMA. Bagaimanapun, proses penggantian bergantung pada model dan tahun keluaran.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Toyota Vios, Hilux dan Corolla Cross, membentuk 69 peratus unit yang dijual, adalah antara model…
Informasi
Beliau berkata, ia mencerminkan inisiatif syarikat dan promosi berfokuskan pelanggan yang berjaya,…
Berita Domestik
Beliau berkata, jumlah tempahan tertunggak kedua-dua pengeluar kereta itu ketika ini berkurangan…