Kempen 'Seize the Deal' daripada Ford - nikmati potongan harga sehingga RM113k untuk Mustang!

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘Seize the Deal’ yang menawarkan rebat hebat sehingga 17 peratus, selain pengurangan GST enam peratus ke atas model-model terpilih Ford.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi promosi yang menarik ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM113,000 yang sah di seluruh negara untuk semua varian Ford Mustang, Fiesta dan Ranger sehingga 31 Ogos 2018.

 

Melalui kempen ini, kereta ikonik Ford Mustang ditawarkan pada harga bermula RM396,27 dengan penjimatan sehingga RM113,000 (rebat sehingga 13 peratus dan sifar GST) turut didatangkan jaminan daripada pengeluar selama tiga tahun. 

Ford Fiesta yang sporty kini boleh didapati pada harga promosi bermula RM68,401 dengan rebat sehingga 17 peratus dan penjimatan mencecah RM20,300. 

Manakala pelanggan yang mahukan trak pikap yang lasak, berkeupayaan tinggi, pintar dan menawarkan ruang kabin selesa seperti sebuah kereta pula boleh menikmati rebat sehingga 10 peratus dan penjimatan sehingga RM19,830 untuk trak pikap Ford Ranger pada harga jualan bermula dari RM70,910.

Maklumat lanjut mengenai Ford, sila layari laman web pelbagai bahasa SDAC www.sdacford.com.my

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…