Kempen #SafeDrive Volvo - tekankan kepentingan tali pinggang keledar

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo Cars Malaysia meneruskan tradisi sebagai sebuah pengeluar kereta selamat di dunia menyeru rakyat Malaysia untuk menggunakan tali pinggang keledar tidak kira apa jua musim perayaan yang bakal menjelang.

Kempen #SafeDrive ini juga disambut bersempena dengan ulang tahun ke-60 inovasi tali pinggang keledar di dalam kenderaan.

Ini bertujuan untuk menunjukkan kesungguhan Volvo memberikan kesedaran tentang kepentingan menggunakan tali pinggang keledar, terutama bagi penumpang belakang.

 

 

Tali pinggang keledar diperkenalkan oleh jurutera Volvo, Nils Bohlins pada tahun 1959 dan ia menjadi titik keselamatan paling penting di dalam kereta.

Volvo Cars juga menyerahkan paten berkenaan agar ia boleh digunakan di seluruh dunia, dan sejak daripada itu ia menjadi satu standard di kalangan pengeluar seluruh dunia.

 

 

Menurut Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Cars Malaysia, "Volvo bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bagi mempertingkatkan kesedaran umum terhadap kepentingan penggunaan tali pinggang keledar.

"Saya percaya, ini mampu untuk mengurangkan kadar kecederaan dan kemalangan maut di dalam negara," tambah beliau lagi.

Data MIROS menunjukkan secara purata 16 kematian dicatatkan sehari ketika bulan Ramadan dan Syawal, dan ini merupakan angka yang sangat membimbangkan.

 

 

 

Volvo Car Malaysia akan menyebarkan mesej kempen ini menerusi pelbagai saluran bagi memastikan semua orang menggunakan ciri keselamatan yang tersedia dengan cara yang betul.

Volvo juga telah mengumpulkan data kemalangan jalan raya sejak 40 tahun lalu dan data tersebut boleh dirujuk menerusi Project EVA (Equal Vehicles for All) untuk kegunaan mana-mana pengeluar kenderaan dalam menghasilkan kenderaan yang selamat. 

Ini adalah selari dengan visi keselamatan Volvo 2020 dalam memastikan tiada siapa yang tercedera atau terbunuh di dalam kenderaan Volvo yang baru menjelang tahun 2020.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…