Kempen recall X5, X7 dan Alpina XB7 - masalah penyandar kepala tak serasi, mudah tercabut!

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu kes kempen panggil semula yang sedikit aneh, memandangkan kesilapan ini kebiasaannya tidak disedari langsung oleh pemilik (kecuali mereka yang sangat peka).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut kempen terbaharu yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), beberapa buah model BMW terlibat merangkumi BMW X5, BMW X7 dan model Alpina XB7 akibat tempat duduk baris kedua yang dilengkapi penyandar kepala (head restraint) yang dikhususkan untuk model berbeza.

Penggunaan model penyandar kepala yang salah tidak akan mampu melindungi penumpang di dalam sesebuah kejadian kemalangan, malah terdapat kemungkinan ia akan mudah tercabut dan mendatangkan kecederaan yang lebih parah.

Masalah ini disebabkan oleh kecuaian pembekal, Grammer Americas of Mexico yang melibatkan 258 unit kenderaan (Alpina XB7, BMW X7 xDrive40i, X7 M50i, X5 xDrive 45e, X5 sDrive40i, X5 xDrive50i dan X5 M50i).

Pemilik model yang disebutkan itu akan dihubungi sendiri oleh BMW untuk tujuan pemeriksaan lanjut, dan kempen ini akan bermula pada minggu pertama bulan Mei ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…