Kempen recall untuk Supra (lagi..)

oleh Mohamad Hanif|
Jika sebelum ini BMW memanggil kembali Supra atas isu kimpalan yang tidak sempurna terhadap struktur tali pinggang keledar, Toyota GR Supra sekali lagi dipanggil kembali mengikut saranan yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA).

Kali ini, ia tidak sahaja melibatkan Toyota GR Supra, akan tetapi hampir kesemua model-model BMW tahun pengeluaran 2018 dan ke atas, serta beberapa model Rolls-Royce seperti Cullinan dan Phantom. 

Masalah perisian kamera belakang yang tidak berfungsi dengan baik adalah sebab utama kempen panggil semula di mana terdapat kemungkinan kadar kecerahan dan kontras kamera yang tidak bersesuaian. 

Ini menyebabkan pengguna sukar melihat dengan lebih jelas imej ketika sedang mengundurkan kenderaan, dan tambah teruk apabila kadar tetapan ini kekal tidak berubah walaupun setelah enjin dimatikan dan dihidupkan buat kali kedua.

Kesemua 257,481 buah kenderaan akan dipanggil untuk menaiktaraf sistem perisian bagi mengubah kadar kecerahan dan kontras seperti sedia kala. 

Isu ini timbul apabila NHTSA mengesan sebuah kes yang wujud pada BMW X4 2019, dan pejabat tersebut terus menghubungi BMW pada 15 Mei bagi mendapatkan kepastian sebelum mengeluarkan panggilan semula. 

Berikut merupakan senarai model yang dipanggil semula oleh NHTSA:
 

MODEL TAHUN
330I 2019-2020
530E 2018-2020
530I 2018-2020
540D 2018
540I 2018-2020
640I 2018-2019
740LE 2019-2020
740LI 2019-2020
745LE 2019-2020
750LI 2019-2020
840I 2019-2020
M340I 2019-2020
M5 2018-2020
M550I 2018-2020
M850I 2019-2020
X3 2018-2020
X4 2019-2020
X5 2019-2020
X6 2019-2020
X7 2019-2020
Z4 2019-2020
Rolls-Royce Cullinan 2019
Rolls-Royce Phantom 2018-2019
Toyota Supra 2020

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Kes saman ini berkaitan dengan keputusan Kesatuan Eropah dalam 2017 yang memberikan hukuman denda…
Berita Global
Memandangkan Toyota GR Supra memiliki banyak persamaan dan perkongsian komponen dengan BMW Z4,…
Berita Global
Menurut CEO Paice, Robert Oswald, Paice berkongsi ciri-ciri teknologi hibrid kenderaan mereka…