Kempen recall untuk Subaru secara global - masalah spring injap patah, perisian skrin multi-info

oleh Mohamad Hanif|
Subaru Corporation mengumumkan kempen panggil semula secara besar-besaran melibatkan dua isu utama yang timbul, iaitu spring injap yang mungkin patah dan juga ketepatan info yang dipaparkan menerusi skrin multi-info.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Subaru, isu spring injap tersebut berkemungkinan besar timbul akibat tekanan di bawah beban tenaga kerja yang tinggi dan mengakibatkan spring tersebut mudah patah, seterusnya mengakibatkan bunyi bising yang aneh, enjin berhenti beroperasi dan tidak mampu untuk dihidupkan semula. 

Antara model yang disyaki terjejas akibat isu spring injap ini termasuklah:

  • Subaru BRZ 2013MY
  • Subaru Legacy/Outback 2013-2014MY
  • Subaru Forester 2012-2014MY
  • Subaru Impreza/XV 2012-2014MY

Kesemua model di atas sama ada dilengkapi dengan enjin boxer FA20 atau FB20 sahaja. 
 


Manakala masalah yang menimpa skrin multi-informasi ini berpunca daripada masalah perisian, di mana sistem tidak memaparkan bacaan bahan api dan jarak sebenar pemanduan yang masih tinggal dengan tepat. 

Namun begitu, isu ini hanya menjejaskan model Subaru Legacy/Outback 2018MY yang dipasang sebelum 1 Ogos 2018.

Untuk kedua-dua isu panggil balik ini, pihak Subaru akan menggantikan komponen spring injap yang terjejas di samping mengemaskini perisian skrin multi-informasi yang terbaru tanpa sebarang cas tambahan

Sebarang perubahan, pengumuman dan berita lanjut akan diberitahu oleh pihak Motor Image kepada para pelanggan yang terjejas di Malaysia. 

*MY - manufacturing year (tahun pembuatan)

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…