Sebabnya? Tayar Continental ProContact TX bersaiz 215/60R16 yang dipasang pada keempat-empat sudut berisiko untuk kehilangan tekanan udara dan masalah ini berpunca daripada pengendalian bahan yang tidak sempurna ketika proses pembuatan.
Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), "disebabkan masalah tersebut, pengguna berkemungkinan besar akan mengalami masalah yang dikenali sebagai carcass break pada dinding sisi, menyebabkan kehilangan tekanan udara secara tiba-tiba.
Antara masalah lain yang bakal timbul adalah komponen 'belt edge' yang terpisah yang mampu menyebabkan kehilangan benang tayar secara separuh atau keseluruhan, dan mampu meningkatkan risiko kecederaan atau kematian.
Masalah ini dikesan buat pertama kali pada 25 September yang lalu, sebelum siasatan lanjut dibuat dan keputusan dibuat untuk mengusulkan kempen panggil semula pada 4 November lalu.
Kereta yang terjejas akan diperiksa oleh juruteknik bertauliah menerusi kod tarikh spesifik TIN dan nombor MOLD ID, dan tayar tersebut akan digantikan dengan yang baharu.
Menurut regulasi tempatan, tayar yang terpakai akan ditebuk sebanyak dua kali sebelum ia dilupuskan.
Sumber: NHTSA