Kempen recall beg udara ZF libatkan hampir 200k Volvo V70, XC70 di US

oleh Mohamad Hanif|
Volvo baru-baru ini mengadakan kempen panggil semula (recall) melibatkan 194,546 unit Volvo V70 dan Volvo XC70 yang diproduksikan antara tahun 2001 hingga 2007 di Amerika Syarikat.

Kempen tersebut bertujuan untuk menggantikan beg udara sebelah pemandu yang bermasalah dan mampu mengakibatkan serpihan logam terbang ke arah penumpang sekiranya beg udara terletus.

Menurut dokumen daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), keadaan cuaca yang panas dengan kadar kelembapan yang tinggi boleh mengakibatkan tablet propelan (yang digunakan untuk mengembungkan beg udara) mereput dan membentuk zarah debu.

Perubahan ini dikatakan mampu mengakibatkan daya yang terhasil ketika beg udara meletus menjadi lebih hebat, dan menyebabkan pemandu atau penumpang tercedera disebabkan oleh serpihan logam daripada bahagian inflator itu.
 

V70


Difahamkan, seorang penumpang telah terbunuh akibat beg udara yang bermasalah ini.

Sebagai info, unit beg udara yang dilengkapkan pada model-model Volvo ini bukanlah berasal dari Takata, sebaliknya dibuat oleh ZF.

Sebelum ini, Volvo telah melakukan kempen panggil semula terhadap beberapa model terpilih yang diproduksikan awal tahun 2000-an disebabkan inflator beg udara yang bermasalah.

Pada November 2020, syarikat Sweden itu memanggil semula lebih daripada 54,000 unit S60 dan S80 yang dibina antara tahun 2001 dan 2003 disebabkan isu yang serupa.

Sumber: Consumer Reports

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laman web rideapart.com, unit-unit yang mempunyai masalah dengan penyambung (strut) sistem…
Berita Global
Namun begitu, kempen panggil semula tidak dapat dilaksanakan pada waktu ini disebabkan Mercedes…
Berita Global
Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah tersebut dikatakan…