Kempen Raya-Raya Volkswagen, rebat sehingga RM1,000, insurans dan petrol percuma setahun serta kemas kini terbaharu

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Kempen Raya-Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan penambahbaikan pada Tiguan Allspace Highline, Kempen Raya Selepas Jualan dan Volkswagen Insurance Plan (VIP).


Bermula sekarang hingga 31 Mei, pelanggan Volkswagen akan menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 ke atas model-model terpilih.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Passat Elegance diberikan insurans percuma selama 1 tahun. Manakala Passat R-Line ditawarkan petrol percuma selama setahun.

 


Kedua-dua varian Passat itu ditawarkan dengan penjimatan tambahan dalam talian sebanyak RM3,500 apabila pelanggan membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom.


Untuk model Tiguan Allspace Highline 2021 pula, VPCM menawarakan kemasan terbaharu iaitu rim aloi Nizza bersaiz  18”, soket pengecasan USB-C, kemas kini radio bersama kawalan suara serta lampu belakang LED baharu dengan efek 3D.  

 

Pelanggan Tiguan Allspace Highline juga akan menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 dan penjimatan dalam talian berjumlah RM3,500. 

 

Tiguan Allspace R-Line 2021 didatangkan dengan port data dan pengecasan USB-C serta naik taraf radio yang kini hadir bersama ciri ketersambungan App-Connect tanpa wayar untuk Apple CarPlay serta Android Auto. 
 

 

 

Selain itu, VPCM menawarakan Kempen Raya Selepas Jualan yang berlangsung sehingga 13 Jun. 


Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Raya, pemilik Volkswagen yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis akan menikmati potongan sebanyak 20 peratus untuk minyak enjin tulen Volkswagen. 


Mereka yang berbelanja RM1,200 (minimum) akan menerima kit penjagaan kereta secara percuma* ia merangkumi penggilap wax, syampu wax, penggilap cermin, penjagaan plastik dan kulit di dalam botol 50ml. 


Pemilik juga akan menerima paket Raya Volkswagen secara percuma.  


Penambahan baharu ke dalam kempen Selepas Jualan Raya ialah promosi bilah pengelap cermin. Pemilik akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus ke atas semua bilah pengelap cermin bermula sekarang hingga 30 Jun dan ia boleh didapati di semua pusat servis di seluruh negara. 


 

 

Rakan Insuran VIP yang Baharu  

 

VPCM berbesar hati mengumumkan rakan insurans baharu di bawah Volkswagen Insurance Plan (VIP) iaitu AXA Affin General Insurance Berhad. Affin menyertai rakan insurans sedia ada VIP seperti Allianz General Insurance Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich Takaful General Insurance Berhad.


Sebagai pemegang polisi VIP, antara manfaat yang bakal diterima termasuklah keutamaan untuk kelulusan tuntutan dan bantuan tepi jalan dengan tundaan kecemasan 24 jam. 


Tidak terkecuali, jaminan kerja-kerja pembaikan hanya dilakukan di pusat badan dan cat Volkswagen yang sah, serta mematuhi standard baik pulih Volkswagen yang menggunakan alat ganti tulen sahaja. 


Bukan itu sahaja, ia juga tiada yuran lebihan, kos penambahbaikan dan nilai diinsuranskan mengikut persetujuan untuk kenderaan yang berusia sehingga 10 tahun. Terma dan syarat yang dinyatakan ini adalah untuk semua model Volkswagen tanpa mengira usia kereta tersebut. 


Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.volkswagen.com.my