Kempen Raya Goodyear: Beli set tayar dan bawa pulang Honda City baharu!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Goodyear Malaysia menerusi Promosi Pengguna Hari Raya menawarkan peluang keemasan kepada rakyat Malaysia untuk membawa pulang sebuah Honda City untuk setiap pembelian set tayar baharu.

Kempen ini dilancarkan bagi menarik minat rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan tayar serta pembelian daripada pengedar yang sah dalam memastikan keselamatan pemandu semasa pemanduan harian.

Menurut Ben Hoge, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, "sebagai penyokong keselamatan jalan raya, kami sentiasa mengingatkan pengguna untuk memeriksa tayar kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

"Promosi raya kali ini menyediakan harga tayar yang berpatutan kepada para pengguna yang ingin membeli set tayar baharu daripada jenama antarabangsa yang boleh dipercayai dan terkenal di dunia," tambah beliau. 

Antara model tayar yang terpilih dalam promosi dari 1 Mei sehingga 30 Jun adalah seperti berikut: 

Tayar kelas atasan - Eagle F1 Asymmetric, EfficientGrip, Run on Flat dan Eagle F1 Directional 5
Tayar mampu milik - Assurance TripleMax, Assurance TripleMax 2, Wrangler TripleMax, dan Optilife
Tayar prestasi - Eagle F1 Asymmetric 3

 


Sebahagian daripada promosi ini juga melibatkan tayar mewah paling senyap Goodyear, model Goodyear EfficientGrip Performance (EGP) dan tayar SUV yang menawarkan inovasi Teknologi Quiet Tred, ActiveBraking, FuelSaving dan WearControl bersama tambahan Teknologi FlexContact dalam tayar Goodyear EGP SUV bagi menyediakan pengguna pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan menyeronokkan. 

Setiap pembelian sepasang tayar daripada salah satu model yang di bawah tawaran juga melayakkan pelanggan untuk satu undian cabutan bertuah hadiah utama. 

Sementara itu, bagi mereka yang membeli empat biji tayar daripada senarai tayar atasan pula boleh menebus seunit pengecas dalam kenderaan yang turut berfungsi sebagai penyegar udara. 

Bagi menyertai cabutan bertuah berkenaan, para pelanggan hanya perlu mendaftar dalam Program Worry-Free Assurance secara dalam talian. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kempen Hari Raya Goodyear, sila 
layari laman web https://www.goodyear.com.my/ atau laman Facebook https://www.facebook.com/GoodyearMalaysia/
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelanggan yang membeli minimum dua hingga empat unit model tayar Kereta Penumpang, SUV, atau Trak…
Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Bertemakan perayaan, filem pertama myTukar yang bertajuk ‘Dipandu Rindu’ itu menonjolkan…