Kempen raya Chevrolet dan sertai peraduan pandu uji dan menang

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sempena sambutan perayaan yang akan datang, Naza Quest Sdn Bhd, pengedar tunggal Chevrolet di Malaysia kini sedang menjalankan Kempen Raya Chevrolet bermula 1 hingga 30 Jun 2017.

 

Kempen selama sebulan ini menawarkan tawaran raya hebat dan juga pakej servis. Pelanggan yang ingin memiliki kenderaan 4x4 trak pikap dapat menikmati tawaran bonus dan tiga tahun atau 60,000km had perbatuan, bahagian percuma dan servis dengan setiap pembelian Chevrolet Colorado serba baharu.

 

Semua kenderaan Chevrolet juga datang dengan lima tahun atau 200,000km had perbatuan. Promosi ini sah bagi semua varian Chevrolet Colorado dan sementara stok masih ada.

 

Balik kampung raya ini dengan fikiran lapang menerusi promosi servis Chevrolet yang menawarkan 40 pusat pemeriksaan kenderaan dan percuma keahlian Chevy Assist sepanjang tempoh kempen raya ini.

 

Pandu Uji dan Menang

Selain dari kempen raya, Naza Quest turut memperkenalkan ‘Peraduan Pandu uji dan Menang’ bemula 1 Jun hingga 30 September 2017. Peraduan ini terbuka kepada orang ramai;

Caranya adalah seperti berikut;

Langkah 1: Lawati mana-mana pengedar sah Chevrolet terdekat di seluruh negara.

Langkah 2: Pandu uji mana-mana model Chevrolet pilihan anda dalam tempoh peraduan.

Langkah 3: Lengkapkan dan isi borang penyertaan peraduan dan hantar dengan slogan menarik kepada perunding jualan Chevrolet.

 

Tiga cabutan borang peraduan akan mengumumkan tiga pemenang bertuah untuk memenangi sebuah iPad Mini 4 (hadiah tempat pertama).

 

Jam tangan Suunto Traverse untuk tempat kedua dan Kad Petrol bernilai RM450 bagi tempat ketiga pada setiap bulan.

 

Buat pelanggan yang pandu uji dan mendaftar untuk Chevrolet Colorado dalam tempoh peraduan, anda juga berpeluang untuk memenangi perjalanan ke London dan tiket perlawanan bola sepak Manchester United pada penghujung peraduan ini.

Berita Berkenaan

Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…
Berita Global
Namun, masih ada sinarnya kerana ia masih dikuasakan oleh enjin besar V8 LT2 6.2 liter, sama…
Berita Global
Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi…