Kempen Raya Bergaya Bersama Goodyear tawar ganjaran menarik sempena Hari Raya Aidilfitri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Goodyear Malaysia akan menawarkan pelbagai ganjaran menarik melalui kempen Raya Bergaya Bersama Goodyear.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula 10 April hingga 31 Mei, pelanggan yang membeli sama ada empat biji tayar 16” dan 17” atau dua biji tayar 18” dan ke atas akan menerima satu Payung Goodyear eksklusif sementara stok masih ada.

 

2

 

Selain itu juga, pelanggan akan layak untuk mendaftar program waranti ‘Worry Free Assurance’. Waranti ini menawarkan 1 tahun jaminan ‘Road Hazard’ yang melindungi pengguna daripada kerosakan tayar.

Program waranti tersebut turut memberikan tawaran percuma dua kali pemeriksaan keselamatan tayar supaya anda lebih tenang semasa memandu, dan 5 tahun waranti untuk sebarang ketidaksempurnaan pembuatan pada tayar yang baharu dibeli.

 

3

 

Bagi menyertai kempen tersebut, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:

  • Beli empat biji tayar 16” dan 17” atau dua biji tayar 18” dan ke atas daripada kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian.
  • Terima Payung Goodyear* eksklusif daripada kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian.
  • Layari laman web Goodyear Malaysia dan daftar untuk Worry Free Assurance dengan mengisi butiran, memuat naik resit dan pilih kedai di mana tayar dibeli.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, anda boleh layari laman sesawang Goodyear Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…