Kempen Perkhidmatan Khas Daihatsu libatkan 1,451 unit Gran Max

oleh Mohamad Hanif|
Daihatsu Malaysia hari ini mengumumkan kempen perkhidmatan khas (Special Service Campaign) untuk kesemua model Gran Max 1,500 cc yang dijual di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen tersebut melibatkan 1,451 buah model yang diproduksikan bermula 7 Mac 2018 sehingga 10 April 2019 bagi menggantikan rod penyambung (connecting rod) pada enjin 3SZ Grand Max 1,500 cc. 

Pihak Daihatsu Motor Co. Ltd (DMC) menyedari isu ini ketika pemerikaan rutin, mendapati rod penyambung yang dipasang pada enjin 3SZ ini dikesan mempunyai retakan halus dan mampu menyebabkan operasi enjin terhenti. 
 


Difahamkan masalah ini berpunca ketika proses pembuatan rod penyambung ketika fasa produksi di kilang pengeluaran PT. Astra Daihatsu Motor (ADM) di Indonesia. 

Pihak pelanggan yang terjejas akan segera dihubungi oleh Daihatsu Malaysia dan akan diminta untuk membawa kenderaan mereke ke pusat servis Daihatsu untuk tindakan selanjutnya. 

Proses penggantian rod penyambung ini akan mengambil masa kira-kira 18 jam bergantung kepada jadual penyelenggaraan pada pusat servis yang mengambil bahagian. 

Para pemilik juga dinasihatkan supaya menghubungi SSC Customer Support Line di 03-5512 3411 untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.  

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laman e-dagang rasmi Daihatsu Malaysia ini menawarkan pelbagai jenis alat ganti tulen dan OEM yang…
Berita Domestik
Kempen Rewilding Roadshow ini bertujuan untuk mempromosikan biodiversiti dan juga gaya hidup yang…
Berita Domestik
  Program ini turut disokong dengan kerjasama dengan Yamato Transport (M) Sdn. Bhd. (YTM). Program…