Kempen pemeriksaan kenderaan secara percuma di PUSPAKOM sempena Hari Raya

oleh SALINA JALIL|
PUSPAKOM sedang mengadakan kempen #drivesafenoregrets Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau lebih dikenali sebagai VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara PERCUMA sempena Hari Raya Aidilfitri.


Kempen ini ditawarkan kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan persendirian bermula pada 17 hingga 29 April 2022 di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang yang hanya dikhaskan kepada kenderaan komersial berat sahaja) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pemeriksaan percuma di pusat pemeriksaan PUSPAKOM boleh membuat janji temu dalam talian MyPUSPAKOM di www.mypuspakom.com.my


Selain daripada pusat pemeriksaan PUSPAKOM, orang ramai juga boleh mendapatkan pemeriksaan percuma ini secara ”walk-in” melalui Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM pada tarikh dan tempat yang ditetapkan seperti di bawah:

 

rya

 

Kempen VVI percuma ini melibatkan 25 pemeriksaan iaitu brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, ketelusan cahaya cermin dan lain-lain lagi yang bertujuan memastikan tahap kondisi kenderaan adalah selamat untuk dipandu terutamanya ketika pulang ke kampung pada musim perayaan nanti.
 

 

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM Shukor Ismail berkata, kempen ini merupakan tanggungjawab korporat PUSPAKOM bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan pemeriksaan kenderaan secara berjadual untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan lebih-lebih lagi ketika musim perayaan di mana jumlah kenderaan di jalan raya dijangka tinggi.

 

 

Bagi mereka yang ingin hadir untuk mendapatkan pemeriksaan kenderaan percuma ini perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti memakai pelindung muka, mengimbas MySejahtera dan mengamalkan penjarakan sosial.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemilik yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM…
Berita Domestik
Oleh itu, perkhidmatan pemeriksaan berkala itu akan dibuka kepada pihak yang berkelayakan serta…
Berita Domestik
  "Tapi dalam simposium yang dihadiri lebih 40 persatuan pada 12 Mac lalu, hasrat itu disuarakan…