Kempen Peace of Mind tawar rebat sehingga RM20 ribu untuk pembeli XV, Forester!

oleh Mohamad Hanif|
TC Subaru Sdn Bhd melancarkan kempen terbaharu Peace of Mind di mana para pelanggan yang membeli kereta Subaru baharu akan menerima rebat bernilai sehingga RM20 ribu sebagai tambahan kepada pengecualian cukai jualan sehingga RM5,000 dengan setiap pembelian Subaru XV atau Forester baharu.
Modenas

Sebagai sebahagian daripada kempen Peace of Mind Subaru, para pelanggan boleh memilih untuk melakukan proses pandu uji dan pembelian dari rumah sekiranya tidak mahu berkunjung ke pusat pameran Subaru.

Berdasarkan permintaan, perunding jualan Subaru akan membawakan mana-mana model pandu uji terus ke depan pintu, atau lokasi yang dipilih bagi membolehkan para pelanggan merasai sendiri pengalaman pemanduan di dalam kereta pilihan.

Untuk proses seterusnya, para pelanggan hanya perlu mengisi borang tempahan dalam talian (pautan di bawah) untuk model XV atau Forester dan membayar wang tempahan sebanyak RM188 sahaja.

Borang Tempahan: Subaru XV
Borang Tempahan: Subaru Forester

Setelah itu, wakil jurujual Subaru akan memuktamadkan proses tempahan dan pendaftaran untuk model yang dipilih dalam masa lima hari waktu bekerja.

 


Untuk pasaran Malaysia, Subaru XV ditawarkan dalam tiga varian (2.0i, 2.0i-P, dan GT Edition 2.0iP) dengan harga jualan bermula dari RM117,788 (sebelum pengecualian cukai jualan).

Para pelanggan yang membeli Subaru XV baharu boleh memilih untuk mendapatkan pelan pembiayaan tanpa bayaran ansuran selama enam bulan sebagai sebahagian daripada pakej Peace of Mind.

Manakala Subaru Forester juga turut ditawarkan dalam tiga varian (2.0iL, 2.0i-S dan 2.0i-S EyeSight) dengan harga jualan sebelum pengecualian cukai bermula dari RM149,788).

Para pelanggan juga boleh memilih untuk menukar kenderaan lama menerusi program Special Trade-in Assist.

Di bawah kempen Peace of Mind ini juga, setiap Subaru XV dan Forester yang terjual akan menerima perkara berikut:
1. Servis Subaru eco Sterilising In-Cabin 3D Spray bernilai RM1,500 yang mampu menghapuskan sehingga 99 peratus bakteria dan virus
2. Jaminan menyeluruh selama lima tahun.
 


Selain daripada promosi di atas, TC Subaru turut memperkenalkan inisiatif 'Test Drive at Home' di mana para pelanggan yang berminat boleh menghubungi pusat pameran Subaru yang berhampiran untuk membuat temujanji sesi pandu uji.

Seperti yang disebutkan diatas, sesi pandu uji ini boleh dilakukan di kawasan perumahan, atau lokasi yang bersesuaian atas permintaan pelanggan.

Pihak TC Subaru turut memberi jaminan setiap kenderaan akan dibersihkan dan menjalani protokol yang ketat bagi memastikan ia kekal bersih dan selamat untuk pelanggan seterusnya.

Malah, wakil jurujual juga akan dipastikan memakai pelitup muka dan cecair pembasmi kuman, dan suhu individu akan diperiksa sebelum memulakan tugas dan dua kali dalam masa sehari.

Add new comment