Kempen panggil semula untuk Kia Carnival di US akibat kebocoran saluran bahan api

oleh Mohamad Hanif|
Baharu sahaja dilancarkan di Amerika Syarikat pada Februari lalu, Kia sudah pun memanggil kembali minivan generasi baharu Carnival di sana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut informasi daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), sebanyak 2,744 unit kenderaan atau 1 peratus dikhuatiri terjejas akibat masalah kebocoran saluran bahan api, di mana ia berkemungkinan besar boleh menyebabkan kebakaran di dalam ruang enjin.

Para pemilik Kia Carnival di Amerika Syarikat dinasihatkan supaya membawa kenderaan mereka ke pusat pengedar untuk diperiksa, dan kos penggantikan saluran bahan api akan ditanggung sepenuhnya oleh Kia.

Kia Carnival generasi baharu meneruskan peranan sebagai sebuah minivan yang mampu menawarkan kapasiti tempat duduk sehingga lapan orang pada satu-satu masa.

Enjin pula adalah nadi bentangan V6 3.5 liter yang menghasilkan 290 kuasa kuda dan 355 Nm, manakala enjin diesel  2.2 liter turbo itu masih lagi dikekalkan dengan angka output 198 kuasa kuda dan 440 Nm.

Kedua-dua pilihan enjin dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…