Kempen panggil semula Mitsubishi Motors - 23,133 unit kenderaan terjejas

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 23,133 unit kenderaan yang disyaki terjejas.

Berikut merupakan senarai perkara yang dirangkumi dalam kempen panggil balik terbaharu ini. 

 

1. Pemeriksaan brek parkir belakang 


Model terjejas: Outlander (2016), ASX (2013,2015,2017)

Penggunaan bahan pengedap yang tidak betul menyebabkan air mudah masuk ke dalam kawasan brek parkir, dan menyebabkan karat pada komponen dalaman. 

Sekiranya komponen tersebut terus digunakan, karat tersebut akan merosakkan caliper dalaman, dan mengurangkan daya brek parkir. 

 

2. Penggantian link ball joint pada wiper hadapan


Model terjejas: ASX (2011-2013)

Struktur kalis air yang digunakan pada bahagian dek hadapan memungkinkan bahagian link ball joint mengalami kelembapan yang berlebihan dan menyebabkan kekaratan. 

 

3. Pemeriksaan auto tensioner pada enjin


Model terjejas: ASX (2011-2012), Lancer (2008-2012), Lancer Sportback (2011-2012)

Oleh sebab rekaan auto tensioner yang tidak menepati syarat, daya rintangan gelongsor akan meningkat dari masa ke semasa. 

Ini mampu menyebabkan kerosakan pada ruangan bebibir auto-tensioner sekiranya digunakan dalam pemanduan kelajuan tinggi. 

 

4. Program semula perisian ECU ASC


Model terjejas: Outlander (2017)

Disebabkan perisian yang tidak sesuai untuk ASC ECU, bunyi bising elektrik akan terhasil sekiranya pam motor diaktifkan, menyebabkan operasi yang tidak betul, dan ICU ditetapkan semula. 

Unit fungsi hidraulik juga mungkin terganggu dan mampu menyebabkan kestabilan kenderaan terganggu. 

 

5. Penggantian gelas bumbung suria


Model terjejas: Lancer EVO (2009)

Penggunaan bahan resin yang semakin merudum kualitinya disebabkan suhu dan keadaan cuaca menyebabkan kadar kekuatan pelekatan resin menjadi lemah. 

Sekiranya terus digunakan dalam keadaan ini, ada kemungkinan gelas bumbung suria tersebut akan tercabut daripada rangka luar. 

 

6. Penggantian inflator beg udara penumpang


Model terjejas: Lancer (2004-2007)

Kadar kelembapan yang tinggi untuk jangka masa yang lama mampu menyebabkan gas propelan PSAN (Phased-stabilized ammonium nitrate) merosot dan menyebabkan tekanan dalaman yang sangat tinggi. 

Ketika operasi pembukaan beg udara yang normal, inflator tersebut mungkin akan pecah. 

MMM akan memberikan surat pemberitahuan kepada semua pemilik Mitsubishi untuk kesemua enam kempen panggil semula ini, dan segala kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh MMM. 

MMM memohon para pelanggan yang terjejas supaya membuat temujanji di mana-mana pengedar Mitsubishi untuk proses penggantian barangan yang disebutkan. 

Untuk senarai pusat servis dan maklumat lanjut, sila layari www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi talian Customer Careline di 1800-18-8161. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi jualan yang dicatatkan daripada April sehingga September 2018, MMM telah mencatatkan jualan…
Berita Global
Ketika itu, industri dunia permainan video telah ditawan oleh permainan Space Invaders, dan Jepun…
Berita Domestik
Program – program ini berjalan dengan jayanya dengan sokongan padu dari penaja – penaja seperti…