Kempen panggil semula Kia Stinger berwarna kuning sahaja akibat cat kurang berkualiti

oleh Mohamad Hanif|
Kia kini membuat kempen panggil semula melibatkan beberapa orang pemilik Kia Stinger yang berwarna kuning Sunset Yellow.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Panggilan semula itu berpunca daripada kemungkinan campuran yang digunakan pada cat kuning tersebut yang mampu mengakibatkan kesan jangka panjang yang tidak kekal, dan mudah merekah akibat batu dan sentuhan yang kasar. 

 

Kia akan menanggung semua kos pembaikan dan cat semula unit yang terjejas dengan tawaran jaminan seumur hidup untuk memelihara cat kuning tersebut. 

Sehingga kini, terdapat kira-kira 50 orang pemilik Kia Stinger berwarna kuning sedang dihubungi oleh pihak Kia untuk proses temujanji dan pembaikan kualiti cat kereta tersebut. 

Panggilan semula itu melibatkan Kia Stinger diseluruh dunia, walaubagaimanapun unit di Malaysia tidak terjejas oleh kerana pihak Kia tidak membawa masuk unit dengan penawaran warna Sunset Yellow. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini terdapat laporan dari Korea mengatakan bahawa Kia Stinger bakal mendapat pengganti…
Berita Global
Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di…
Berita Global
Hanya 1,000 unit sahaja Kia Stinger Tribute Edition yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan…