Kempen panggil semula Kia Sedona akibat kegagalan pintu gelongsor berfungsi

oleh Mohamad Hanif|
Kia kini memanggil kembali MPV Sedona di Amerika (lebih dikenali dengan Grand Carnival) yang diproduksikan dari 2015-2018 disebabkan kegagalan pintu gelongsor berfungsi dengan baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada NHTSA, pintu gelongsor Sedona tersebut dikhuatiri tidak  mampu bergerak dengan baik disebabkan masalah software dan mampu mengakibatkan kecederaan. 

NHTSA menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa pintu tersebut diprogramkan untuk menghentikan operasi penutupan pintu dan mengundur kembali seandainya sistem mengesan sebarang halangan. 

"Merujuk kepada masalah sistem berkenaan, pintu gelongsor berkemungkinan besar tidak berhenti dan mengundur walaupun sistem mengesan halangan pada pintu tersebut," tambah laporan tersebut.


Menurut Kia, sejumlah 106,428 unit Kia Sedona yang dipasang bermula dari Julai 2014 sehingga Disember 2017 terlibat dengan kempen panggil semula ini. 

Sehingga 17 Mei yang lalu, dilaporkan sebanyak dua kecederaan dicatatkan daripada 21 aduan yang diterima, dengan 14 daripadanya telah pun disahkan sendiri oleh pihak Kia. 

Setakat artikel ditulis, tiada sebarang maklumat berkenaan sama ada model Grand Carnival di Malaysia turut terjejas akibat masalah tersebut. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…