Kempen panggil semula buat Mercedes E-Class - spoiler mudah tercabut!

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), Mercedes-Benz kini memanggil semula kira-kira 4,765 unit Mercedes-Benz E-Class yang diproduksikan bermula 6 Oktober 2016 sehingga 9 Januari 2019.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Kempen ini merangkumi E 400 4MATIC, E 450 4MATIC dan Mercedes-AMG E 63 S dimana kesemua model yang disebutkan itu mempunyai satu persamaan masalah yang sama - spoiler mudah tercabut.

 


Difahamkan, cagak pemasangan spoiler tailgate yang terdapat pada sesetengah model tersebut mungkin tidak dipasang dengan teliti mengakibatkan ia mudah tercabut dan membahayakan kenderaan serta pejalan kaki. 

Ikut kata NHTSA, pemilik akan dapat mendengar bunyi detakan yang kuat ketika memandu sebelum sampai masa untuk spoiler tersebut tercabut dan meninggalkan kereta E-Class mereka....

Walaubagaimanapun, kempen ini hanya tertakluk kepada pasaran Amerika Syarikat di mana ia sudah pun bermula pada 18 Oktober yang lalu. 
 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Pelancaran model SUV coupe GLC 300 4MATIC Coupe ini merupakan pelengkap kepada penawaran SUV GLC…
Berita Global
Pembelian saham bernilai 600 juta Euro akan selesai tahun hadapan, dan menurut Pengerusi AUO, Paul…
Pelancaran
Tersedia dalam satu varian tunggal, EQS 580 4MATIC SUV ini dibekalkan dengan dua motor elektrik…