Kempen panggil semula 23,476 unit kenderaan Honda ganti peledak beg udara Takata

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 23,476 unit kenderaan Honda yang sebelum ini sudah pun dipanggil semula bagi menggantikan peledak beg udara hadapan Takata sebagai langkah berjaga-jaga.

Berikut merupakan model kenderaan yang terlibat bagi penggantian peledak beg udara hadapan (pemandu) dan beg udara penumpang hadapan. 

Penggantian peledak beg udara hadapan (pemandu)

  • Honda Civic - Model tahun 2006-2007 & 2009-2011
  • Honda CR-V - Model tahun 2007-2008 & 2010-2011
  • Honda Stream - Model tahun 2010 & 2012
  • Honda Insight - Model tahun 2011-2012
  • Honda City - Model tahun 2009-2013
  • Honda Jazz - Model tahun 2012-2013

Penggantian peledak beg udara hadapan (penumpang)

  • Honda Accord - Model tahun 2003, 2005-2006, 2008-2009 & 2011-2012
  • Honda Stream - Model tahun 2003-2005
  • Honda CR-V - Model tahun 2002-2009
  • Honda Jazz - Model tahun 2003-2007, 2009 & 2012
  • Honda Civic - Model tahun 2003-2011

 


Manakala model-model penjualan Honda sedia ada tidak tertakluk kepada kempen panggil semula yang dijalankan. 

Honda Malaysia merayu kepada semua pelanggan Honda yang terlibat untuk segera menukar unit peledak beg udara bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dimana beg udara yang defektif mungkin akan menyebabkan kecederaan dalaman, atau kematian kepada pemandu dan penumpang. 

Honda Malaysia juga memohon maaf atas segala kesulitan dan berjanji akan memastikan kadar ketersediaan stok 100% dalam tempoh masa yang singkat. 

Sehingga 1 Oktober 2019, Honda Malaysia telah berjaya menggantikan lebih daripada 249,000 unit peledak beg udara Takata, iaitu kira-kira 91% daripada model-model yang terlibat. 
 


Manakala jumlah keseluruhan penggantian beg udara pemandu dan penumpang Takata pula kini mencecah lebih daripada 537,000 unit atau 89% selesai digantikan. 

Para pemilik kenderaan yang terlibat boleh menyemak status kenderaan mereka menerusi laman web www.honda.com.my atau https://productrecall.honda.com.my/ atau menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Kempen ini merangkumi E 400 4MATIC, E 450 4MATIC dan Mercedes-AMG E 63 S dimana kesemua model yang…
Uncategorized
Kali ini, ia tidak sahaja melibatkan Toyota GR Supra, akan tetapi hampir kesemua model-model BMW…
Berita Global
Ia menyebabkan pengguna jalanraya yang lain tidak dapat membezakan lampu biasa dan lampu brek.…