Menurut laporan yang dikeluarkan oleh NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration), sebanyak beberapa buah Lamborghini Aventador SuperVeloce kini mengalami risiko tayar tercabut akibat penggunaan centering bolt yang dikhuatiri mudah longgar berkadar terus dengan peredaran masa.
Nasib Lamborghini agak baik kali ini kerana ia hanya melibatkan beberapa unit sahaja yang terjejas, dilaporkan sebanyak lapan unit (model tahun 2015 dan 2016) sahaja di Amerika Syarikat.
Pihak Lamborghini akan menggantikan unit yang terjejas dengan centering bolt baharu yang diperkuatkan dengan bendalir thread-locking.
Lamborghini LP750-4 SuperVeloce merupakan varian Aventador yang paling berkuasa dan merupakan model standard yang paling berkuasa di dalam sejarah Lamborghini yang boleh didapati dalam bentuk convertible dan coupe.
Dengan enjin 6.5 liter aspirasi natural bentangan V12, ia mampu menghasilkan sejumlah 740 kuasa kuda dan 690 Nm daya kilas, membolehkan Aventador ini memecut sepantas 2.8 saat dari pegun sebelum mencecah 100 km/j dengan kepantasan maksimum dicatatkan 350 km/j.